AntarabangsaBisnes & EkonomiIsu Semasa

Virus DIV1 Ni Apa Pula?

Vietnam kini dalam keadaan berjaga-jaga dengan virus terbaharu yang muncul dalam industri penternakan udang yang bakal menghancurkan industri tersebut jika langkah berjaga-jaga tidak diambil.

Pihak Kementerian Pertanian dan Pembangunan Pendalaman Vietnam (MARD) telah mengarahkan pemeriksaan dan pengawalan di sempadan untuk mengawasi pergerakan makanan laut tersebut.

MARD turut meminta Jawatankuasa Pemandu Nasional Menentang Penyeludupan, Penipuan Perdagangan dan Pemalsuan Barang dan beberapa provinsi di kawasan utara untuk meningkatkan pengawasan udang dan makanan akuakultur dari China untuk mencegah penyebaran virus ke Vietnam.

Bahagian yang terkena jangkitan virus pada udang. Sumber Imej: www.aquaculturealliance.org

Asal Usul Virus DIV1

Menurut Timbalan Menteri MARD, Phung Duc Tien, virus yang dikenali sebagai Decapod iridescent virus 1 (DIV1 virus) telah menyebabkan kerugian yang besar ke atas ladang penternakan udang sejak beberapa tahun kebelakangan.

Vietnam Express telah melaporkan bahawa virus DIV1 ini telah pertama kali dikesan pada tahun 2014 dalam sampel udang karang cakar merah di provinsi Fujian, China, udang kaki putih di provinsi Zhejian dan udang gergasi air tawae di bahagian China yang lain.

Virus ini telah muncul semula pada Februari tahun ini di Guangdong yang telah menyebabkan suku ladang penternakan udang di situ terjejas.

 

Virus DIV1 Menjangkiti Apa Sahaja?

MARD berkata virus DIV1 ini menjangkiti udang pada setiap peringkat pertumbuhan dan telah dilihat menyebabkan penyakit pada udang air masin, air tawar dan juga air tawar.

Peta menunjukkan sempadan Vietnam dan China. Sumber Imej: Britanicca

Buat masa ini, tidak ada informasi tentang virus DIV1 memasuki Vietnam tetapi langkah awal telah dilakukan oleh negara tersebut untuk elak daripada virus memasuki negara.

Pihak kementerian telah memohon Jawatankuasa Pemandu Nasional untuk mengawal ke semua sempadan untuk memastikan tidak ada yang menyeludup masuk segala jenis udang dan makanan akuakultur ke dalam negara.

Bahagian utara Vietnam memiliki sempadan yang dikongsi bersama China. Oleh sebab itu pengawalan ketat dijalankan dan mereka dikehendaki bekerjasama dengan pihak agensi pertanian serta pertahanan untuk mengawal pengangkutan produk-produk ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close