Isu SemasaTeknologi

Aplikasi ‘Covid-19’ Cetus Perbalahan Di Antara Keperluan Data Atau Pencerobohan Privasi

Dengan langkah kerajaan mula menggunakan aplikasi pengesan dalam memantau penyebaran corona virus ini, terdapat pendebatan yang serius mengenai penggunaannya di antara informasi kesihatan orang awam dan hak privasi.

Aplikasi Kesan-dan-Jejak yang semakin digunakan kini adalah salah satu langkah pencegahan puhak penguatkuasa kesihatan untuk terus memantau pandemik ini.

Namun, masih ramai yang takut data peribadi mereka yang dikumpulkan oleh kerajaan ataupun pihak syarikat disalahguna untuk kepentingan komersial dan juga politik dengan menggunakan alasan ‘pengawalan pandemik’.

“Jika kita tidak berjaga-jaga, epidemik ini boleh meninggalkan kesan yang penting dalam sejarah pengawasan,” tulis pengkaji Israel, Yuval Noah Harari di dalam The Financial Times ketika Covid-19 mula memuncak.

Walaupun teknologi yang meningkat pesat mungkin merupakan bantuan selamat bagi pegawai kesihatan awam yang tidak terjaga dengan skala krisis Covid-19, ” kelemahannya, tentu sahaja akan memberi kesahihan kepada sistem pengawasan baru yang menakutkan”, tambah Harari.

Banyak negara sudah pun memperkenalkan aplikasi telefon pintar untuk mengesan status jangkitan orang awam dan pergerakannya dengan tujuan untuk memaklumkan orang awam yang mungkin pernah mendekati pembawa virus.

Kegagalan sistem amaran

Negara-negara di Asia adalah negara terawal yang dilanda pandemik ini dengan meragut lebih 350,000 nyawa turut menggunakan aplikasi pengesan yang kebiasaannya secara sukarela.

China menggunakan aplikasi seperti ini untuk mengumpulkan data sama ada menggunakan geolokasi melalui rangkaian telefon atau data yang dikumpulkan dari pusat pemeriksaan kereta api dan penerbangan mahupun lebuh raya.

Namun di Thailand, orang awam menggunakan aplikasi untuk mengimbas kod bar ketika mereka memasuki atau meninggalkan kedai atau restoran – jika seseorang yang kemudiannya positif berpindah ke tempat yang sama, orang lain akan menerima amaran dan ujian coronavirus percuma.

Walaubagaimanapun, pihak kerajaan yang telah pun mengumpul jutaan informasi melalui pengguna aplikasi ini namun terpaksa mengakui bahawa fungsi amaran pada aplikasi tersebut tidak berfungsi.

“Pandemik Covid-19 telah menawarkan alasan yang tepat bagi pemerintah Asia yang ingin meningkatkan atau mempertahankan kemampuan kuasa mereka untuk melakukannya dalam jangka waktu yang panjang,” jelas Paul Chambers, seorang saintis politik di University of Naresuan di Thailand.

Sukarela Atau Wajib

Perdebatan serupa berlaku di Barat.

Lebih dari separuh hasil tinjauan 2000 responden oleh Brookings Institution di Amerika Syarikat khuatir terhadap aplikasi seperti ini akan melanggar privasi mereka.

“Analisis kami menunjukkan perlunya kempen pendidikan umum yang menjelaskan apa alat itu terutama apa yang tidak mereka lakukan,” kata kumpulan pemikir mengenai tinjauannya, yang dilakukan antara 30 April dan 1 Mei.

Kepercayaan orang awam penting memandangkan para pakar mengatakan aplikasi kesan-dan-jejak mesti digunakan oleh sekurang-kurangnya 60 peratus populasi mana pun untuk ia berkesan.

“Adakah teknologi baru menjadi lebih cekap? Sudah tentu. Adakah berbahaya? Sudah tentu juga,” kata Benjamin Queyriaux, ahli epidemiologi dan bekas penasihat perubatan NATO.

Suruhanjaya Eropah mengatakan data yang diperoleh melalui aplikasi penelusuran kenalan mesti dienkripsi dan tidak dapat disimpan dalam pangkalan data berpusat.

Perancis pula telah menolak teknologi pengesan yang ditawarkan oleh Google dan Apple ini, walau bagaimanapun pengawas privasi CNIL telah menyetujui aplikasi yang disokong oleh pemerintah yang akan diperkenalkan dan dimuat-turun secara sukarela.

Pakar di Norway telah memperingatkan bahawa aplikasinya yang disokong pemerintah tidak melindungi privasi dengan secukupnya, dan aplikasi Australia yang memungkinkan data orang diakses oleh pegawai kesihatan juga telah menimbulkan kebimbangan privasi.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close