Teknologi

Promosi 2 Tablet Pada Harga Unik Kini Di Pasaran

Kini bagi peminat peranti tablet, terdapat 2 promosi dengan harga yang menarik yang kini sedang berada di pasaran.

Samsung Tab S6 Lite Yang Baharu

 

Samsung baru sahaja melancarkan siri tablet terbaru Samsung Galaxy Tab S6 Lite yang lebih mampu milik.

Ia adalah variasi ‘lite’ dari keluaran ‘flagship’ terdahulunya iaitu Samsung Galaxy Tab S6.

Tablet dengan paparan 10.4 inci ini hanya di datangkan dalam variasi Wi-Fi untuk pasaran Malaysia.

Namun, tablet ini turut disertakan sekali bersama S Pen dan dilengkapi 4GB RAM, storan dalam 64GB dan bateri sebesar 7,040mAh.

Walaupun ia adalah variasi ‘mampu milik’ kepada Galaxy Tab S6, ia masih mampu digunakan dengan lancar dan sesuai untuk kegunaan lukisan digital.

Tablet ini kini boleh didapati di mana-mana pengedar Samsung pada harga RM1,699 dan percuma Targus Keyboard Cover ketika promosi ini.

Pautan Samsung Galaxy Tab S6 Lite / Samsung

iPad Pro 2018 Dengan Harga Promosi Yang Menarik

Kepada yang lebih berminat kepada peranti tablet keluaran Apple, Machines juga turut mengadakan promosi pada iPad Pro 2018 512GB.

iPad Pro ini kini dijual pada harga promosi di Machine pada RM3,499 untuk variasi 11 inci 512GB Wi-Fi sahaja; RM1,000 lebih murah dari harga yang diperkenalkan.

iPad ini menawarkan penggunaan tablet dengan lebih menyeluruh dengan chip A12X Bionic yang lebih pantas berbanding kebanyakkan komputer dan mampu menjalan aplikasi profesional dengan lancar.

Ia juga sesuai untuk digunakan sebagai tablet lukisan pintar dengan kegunaan bersama Apple Pencil dan Smart Keyboard Folio.

Pautan iPad Pro 2018 / Machines 

Kedua-dua tablet ini mempunyai fungsi dan keupayaan yang tersendiri namun ia masih sangat sesuai kepada pelukis digital yang mencari tablet yang keupayaan melukis secara digital terus menggunakan tablet.

Show More

Related Articles

Back to top button