Hiburan

Lady Gaga Kembali Hidupkan Muzik Pop Dengan CHROMATICA

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, muzik pop seakan hilang dari radar berbanding genre lain (seperti hip-hop, urbano, reggaetón, dll.) yang telah mengambil alih industri muzik dunia.

Walaupun genre itu tidak mendominasi arena muzik hari ini, muzik pop masih mendapat bahagian yang sangat baik dalam kebelakangan ini dengan bintang-bintang seperti Billie Eilish yang mencuri hati gadis-gadis remaja, Ariana Grande yang semakin menempa nama di arus perdana dan Taylor Swift yang masih diminati ramai terutama dengan album studio terakhirnya, “Lover”.

Setiap artis telah berusaha tetapi belum ada bintang pop yang menghidupkan semula genre ini dengan kemampuan sepenuhnya dalam beberapa tahun terakhir.

Lady Gaga, yang telah lebih dari satu dekad berada dalam industri, telah menunjukkan versatilitinya dengan berbagai projek, termasuk The Fame Monster (synth-pop), Joanne (country) dan album runut bunyi A Star Is Born (drama muzik). Penyanyi itu ibarat sesumpah yang sentiasa berubah-ubah mengikut era albumnya.

Sebenarnya tidak ada bintang pop seperti Lady Gaga yang serba boleh termasuk membintangi filem A Star Is Born dan bintang itu kini meneruskan rentak konsistennya dengan album terbarunya, Chromatica yang keluar pada 29 Mei lalu.

We Stayed Up Late For Lady Gaga's 'Chromatica' So Pls Enjoy Our ...

Dilahirkan sebagai Stefani Joanne Angelina Germanotta, penyanyi-penulis lagu itu kembali menjadi “unik” menerusi Chromatica, album elektro-pop seperti awal kemunculannya di The Fame dan The Fame Monster.

Bukan hanya himpunan yang sempurna dari rentak tarian yang menarik dan produksi yang dramatik, ia juga memperlihatkan sisi peribadi Gaga sepanjang bergelar anak seni. Dibahagi kepada tiga bahagian, bintang pop itu menonjolkan pelbagai tema yang berkait rapat dengan dirinya.

Menerusi lagu “Rain on Me” bersama Ariana Grande, duo ini tetap bertahan walaupun menghadapi masalah dan penderitaan. Walaupun hujan – digunakan sebagai metafora untuk menunjukkan sejumlah besar musibah yang berlaku secara serentak – datang menghancurkannya, Gaga menunjukkan bahawa dia masih boleh “hidup” dan bertahan!

Dalam lagu-lagu lain seperti “Free Woman” dan “Fun Night,” dia berkongsi mesej yang serupa, perjuangannya mencari kebahagiaan dalam kesulitan hidup.

Ketika pendengar menjelajah ke fasa “Chromatica II,” bahagian kedua dari set yang mengandungi lebih banyak nada muram, mereka akan menemui Gaga di tempat yang lebih gelap.

Walaupun kolaborasinya “Sour Candy” dengan Blackpink memang seronok dan uptempo, lagu-lagu lain seperti “911” “Plastic Doll” dan “Replay” menerangkan perjuangan peribadi dengan ketagihan, trauma dan perfeksionisme, semua yang dialami selama hampir 12 tahun karier.

Fasa ketiga dan terakhir album ini bermula dengan instrumental penuh harapan, nada keseluruhan beralih ke tema penyembuhan, ketahanan dan kekuatan. Dengan bantuan dari penyanyi veteran, Elton John, lagu “Sine From Above” adalah satu duet yang telah lama diperlukan. Ketenangan abstrak terasa dalam lagu ini, serta “1000 Doves” dan “Babylon,” yang menyimpulkan projek ini dengan penuh semangat.

Karya seni keseluruhannya padu dan berkait rapat dengan kesihatan mental penyanyi itu sendiri. Keberanian dan ketelusan dalam penulisan lagu, usaha mengasah kesempurnaan muzik elektro-pop dan peralihan antara lagu menjadikannya album ini sebagai hasil terbaik tahun ini.

Lady Gaga bukan hanya kembali kepada muzik asalnya seperti dekad yang lalu, tetapi dia mengingatkan para penggemar muzik pop betapa genre ini kehilangan kedua-dua ketelusan dan nilai produksi adalah amat penting, satu prestasi yang jarang dicapai sebagai artis pop hari ini.

 

Walaupun muzik pop terkenal dengan lagu yang menarik, Gaga membuktikan bahawa muzik pop dapat memiliki sejarah, kedalaman dan maksud tersendiri. Popstar itumenggali lebih dalam untuk memberitahu kebenarannya yang unik, berkomitmen penuh dengan dirinya dan membuktikan bahawa ia dapat membuahkan hasil dengan cara yang paling bermanfaat.

Dan apa yang paling menggembirakan peminat penyanyi itu, idola mereka kembali semula dengan fesyen-fesyen pelik seiring dengan tema yang dibawa bersama album itu. Kesedaran diri, ketelusan ​​dan motivasinya untuk mencabar nama LADY GAGA ke tahap paling memuaskan, menjadikan muzik pop kembali segar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close