AntarabangsaIsu Semasa

Kegusaran Tercetus Akibat Teori Konspirasi Mengaitkan Bill Gates dan Covid-19

Nama Bill Gates adalah antara yang diperkatakan disebalik tercetusnya Covid-19 di seluruh dunia.

Perkara ini menjadi hangat sehingga beliau dibenci oleh orang di Afrika apabila seorang ahli politik Kenya menyemarakkan lagi penyebaran maklumat yang tidak sahih itu.

Pada 15 Mac lalu, Gabenor Nairobi, Mike Sonko, memuat naik video lama Gates yang memberi amaran mengenai kesan pandemik di masa hadapan, dengan kapsyen ‘Bill Gates memberitahu kita mengenai corona virus 2015’.

Video itu menunjukkan Gates memaklumkan kepada penonton bahawa dunia tidak bersedia untuk penularan jangkitan global pada ceramah TED lima tahun lalu, namun ia tidak menyebut mengenai COVID-19.

Hantaran Sanko mendapat reaksi lebih dua juta pengikut Facebook dan dikongsi lebih sejuta kali dan mendapat 38 juta paparan di sosial media.

 

Sejak Januari Ramai Telah Mengaitkan Covid-19 Dengan Gates

Menurut Zarine Kharazian, yang merupakan wakil dari Makmal Penyelidikan Forensik Digital Majlis Atlantik (DFRLab) yang mengkaji tentang penyampaian informasi yang salah secara global, sejak Januari yang lalu lebih 683,000 post seluruh dunia di ruang umum Facebook dan kumpulan di Facebook telah menyebut tentang Gates.

Jumlah yang banyak ini telah mencetuskan hampir 53 juta likes, perkongsian dan tontonan.

“Satu kesamaan teori konspirasi yang nampaknya merangkumi sempadan, bahasa, dan budaya adalah ketidakpercayaan terhadap ‘elit dan institusi yang berkuasa tinggi,” kata Kharazian.

“Profil Gates yang menonjol, keterlaluan dan penglibatan aktif dalam pekerjaan kesihatan awam antarabangsa menjadikannya sasaran utama untuk melakukan konspirasi ini.”

 

Teori Mengapa Gates Mencetuskan Covid-19

Antara andaian popular yang beredar di Afrika ialah Gates mahu menguasai manusia dengan penggunaan mikrocip yang dimasukkan ke tubuh manusia ataupun tatu digital.

Mereka yang mewujudkan teori konspirasi ini telah berkata Gates bakal menerima keuntungan yang hebat daripada vaksin yang diciptakan dan yayasan telah pun mempatenkan rawatan tersebut beberapa tahun yang lalu sebelum mengeluarkan virus novel korona ini.

Terdapat juga yang percaya bahawa beliau telah mencipta virus ini untuk mengawal populasi. Ia adalah titik sensitif di Afrika di mana kebanyakan dorongan di atas talian telah memfokuskan isu vaksin Covid-19 dan percubaan eksperimen pada subjek ujian tempatan.

 

Mengapa Afrika Sensitif & Tidak Senang Hati Dengan Perkara Ini?

Sejarah tentang perubatan Barat yang memeras Afrika telah menjelaskan beberapa tindak balas yang berlaku, kata Sara Cooper, pengkaji sains kanan di Majlis Kajian Perubatan Afrika Selatan di Pusat Cochrane.

“Sejak beberapa dekad yang lalu, terdapat pelbagai kejadian kajian perubatan yang dijalankan di Afrika telah menimbulkan penyalahgunaan hak asasi manusia,” jelasnya kepada AFP.

Ini adalah berdasarkan eksperimen secara paksaan yang dijalankan di Namibia apabila ia menjadi salah satu koloni di bawah jajahan Jerman pada akhir era 1800-an sehinggalah percubaan ubat-ubatan yang dijalankan oleh syarikat farmaseutikal gergasi Barat yang terdapat di Afrika pada tahun 1990-an.

Ketidakpercayaan terhadap vaksin Barat dibuktikan oleh sebuah posting viral baru-baru ini, yang mendakwa bahawa saintis maverick Perancis Didier Raoult telah memperingatkan orang Afrika agar tidak menggunakan “vaksin Bill Gates” kerana ia mengandungi “racun”.

AFP ‘Fact Check’ (Pemeriksaan fakta) telah menangkis dakwaan tersebut kerana Raoult tidak pernah mengeluarkan komen tersebut dan vaksin tersebut belum lagi wujud.

Walau bagaimanapun, ia telah terlanjur viral apabila post versi bahasa Perancis itu telah dikongsikan lebih 47,000 kali sebelum ia dibawa turun.

 

Penyebaran Info Palsu Oleh Orang Berpengaruh Di Afrika

Ahli politik Nigeria juga menyebarkan cerita yang hampir sama termasuk Femi Fani-Kayode, bekas menteri penerbangan yang terkenal kerana sering berkongsi maklumat yang salah mengikut garis politik dan agama.

Fani-Kayode, yang mempunyai pengikut yang kuat di kalangan orang Kristian dari selatan Nigeria, telah berkongsi banyak perkara yang mendakwa Gates adalah sebahagian daripada elit rahsia berkuasa besar, yang ingin mencapai penguasaan dunia dengan menggunakan teknologi virus korona dan 5G antara lain.

 

WHO Bertindak Menangkis Dakwaan Palsu Ini

Ketika jumlah virus dan desas-desus semakin meningkat, agensi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berlumba-lumba untuk membendung penyebaran maklumat yang salah dengan menjalankan kempen dalam talian bagi membantu kerajaan untuk menubuhkan portal web khusus.

WHO juga mengadakan bengkel dengan lebih daripada 50 wartawan di Nigeria pada bulan Februari.

“Wartawan dan media sangat penting untuk menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat,” kata pegawai kecemasan Dhamari Naidoo.

“Kami ingin anda menyampaikan maklumat yang tepat kepada orang-orang, dan memberi sumbangan dalam menghentikan penyebaran khabar angin.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close