Teknologi

Realme Bina Jam Pelbagai Fungsi Pada Harga Jauh Lebih Murah?

Realme dilaporkan bakal mengeluarkan jam tangan pintar yang dengan pelbagai fungsi dan kelengkapan pada harga yang berpatutan.

Dinamakan seringkas Realme Watch, jam ini kini memasuki fasa promosi di pasaran India dengan mengumumkan harga pada INR3,999 (sekitar RM230).

Realme didatangkan dengan skrin sebesar 1.4″ paparan LCD dengan resolusi 320×320 pixels dengan 12 ‘watchface’ yang terbina bersama. Pengguna masih boleh memuat turun ‘watchface’ yang berbeza melalui Realme Link App.

Dengan rekaan seakan sama dengan Apple Watch, tali jam Realme Watch ini boleh ditanggalkan dengan satu butang mudah dan digantikan dengan pelbagai tali jam yang akan diperkenalkan kelak.

Walaupun didatangkan dengan harga yang jauh lebih murah, jam ini dibina pengesan denyutan nadi yang menyokong pemantau 24 jam. Juga terdapat fungsi sensor Sp02 yang boleh mengesan dan mengukur oksigen dalam darah.

Jam ini juga didatangkan dengan 14 mod sukan yang membantu pengguna melakukan senaman atau sukan dengan mengukur butiran-butiran seperti denyutan jantung, langkah dan jangka masa.

Fungsi-fungsi lain yang boleh digunakan pada jam ini adalah seperti penerimaan notifikasi aplikasi sosial media seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, Gmail malah Tiktok. Pengguna juga boleh mengawal aplikasi muzik menggunakan jam ini tanpa membuka telefon.

Antara yang digembar gemburkan tentang Realme Watch ini, adalah baterinya yang mampu bertahan sehingga 7 hari dengan fungsi pemantauan kadar denyutan terpasang hanya dengan bateri sebesar 106mAh. Ia juga dilaporkan mampu bertahan 20 hari jika tidak disambungkan kepada telefon dan berada di dalam ‘saving mode’.

Realme Watch akan berada di pasaran India pada 5 Jun dan dianggarkan jam ini akan turut berada di dalam pasaran Malaysia tidak lama.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close