HiburanTeknologi

Silent Hill Akan Dibangunkan Semula Sebagai “Soft Reboot”?

Pembangun permain video, Konami kini sedang bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment (SIE) Japan dalam menghasilkan siri terbaru permainan video seram, Silent Hill.

Silent Hill yang bakal dilancarkan dilaporkan siri soft reboot” (reboot ringan) francais popular ini dan dipercayai ia kini dalam peringkat ‘boleh dimainkan’ sekarang.

Seorang pemerhati berpengelaman industri ini, Dusk Golem membuat cicipan di Twitternya menyangkal ura-ura Konami tidak menghasilkan siri Silent Hill terbaru.

Menurut Golem, siri terbaru ini dipercayai akan dilancarkan eksklusif untuk konsol PlayStation 5 yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.

Golem juga turut melaporkan bahawa pengarah dan penulis asal Silent Hill Keiichiro Toyama, komposer Akira Yaomoka dan pengarah seni Masahiro Ito akan kembali menghasil ‘soft reboot‘ ini.

Kenyataan ini selari dengan kenyataan dari Masahiro Ito yang menyatakan beliau kembali sebagai “ahli utama” dalam satu pasukan pembangun untuk sebuah permainan video terbaru.

Ito juga berharap projek ini tidak tergendala, merujuk kepada beberapa berita dan projek Silent Hill yang dibatalkan sebelum ini seperti P.T.

Walaubagaimana pun, peminat Silent Hill diharap tidak menaruh harapan yang tinggi kepada berita ini kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dari Konami mahupun SIEJ berkaitannya.

Namun, ia tidak menjadi kesalahan jika permainan ini dah disiapkan dan tidak menerima nasib yang sama pada pembangunan Silent Hill yang terdahulu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close