Sukan

Atlet Tukul Besi Negara Masih Positif Covid-19 Setelah 70 Hari Dirawat

Jaguh baling tukul besi negara Jackie Wong dimasukkan ke hospital selepas didapati positif COVID-19 pada 16 Mac.

Namun selepas lebih 70 hari menerima rawatan, beliau masih didapati positif dalam beberapa ujian yang dibuat sekali gus terpaksa kekal di wad.

 

WHO Benarkan Discaj

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu pesakit boleh didiscaj sekiranya telah menerima rawatan melebihi 14 hari.

Mengikut WHO, mungkin ujian positif itu dikesan oleh PCR (Polymerase Chain Reaction) pada hari ke-13, yang masih positif, iaitu serpihan virus RNA (Ribonucleic acid) pun akan jadi positif juga.

 

Tetapi persoalannya adakah mereka ini masih boleh menjangkiti?

Kebolehanjangkitan itu masih ada tapi mengikut laporan WHO, kalau mereka telah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan adalah sifar.

“Dengan maklumat terbaharu yang kita dapati, walaupun PCR adalah positif selepas 14 hari, kita boleh discajkan pesakit tersebut. Ini adalah tindakan atau makluman terbaharu yang kita dapati dan (kita) akan mengubah protokol dalam menguruskan pesakit-pesakit positif,” katanya.

Oleh itu atlet berusia 28 tahun itu boleh menarik nafas lega apabila dijangka dibenarkan discaj dari Hospital Sibu, Sarawak dalam masa terdekat.

 

Rekod Pencapaian Jackie Wong

Jackie merupakan pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi lelaki dengan jarak 68.22 meter yang dicatatkan pada Kejohanan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Ogos tahun lepas, yang merupakan kali ke-18 beliau memecahkan rekod bagi acara itu.

Beliau merupakan pemenang pingat gangsa Sukan SEA sebanyak tiga kali berturut-turut dari 2011 hingga 2015 sebelum meraih emas pada edisi 2017 di Malaysia.

Bagaimanapun, pada edisi lalu di Filipina, beliau terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Di peringkat Asia, Jackie menamatkan saingan Sukan Asia 2018 di Indonesia di tempat ketujuh dengan 65.92 meter selain pencapaian tempat kelapan dalam Kejohanan Asia 2017 dan 2019.

Tags
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
Close