Teknologi

6 Fakta Tentang Bateri Telefon Pintar Anda Perlu Tahu

Teknologi telefon pintar kini tidak dinafikan sedikit sebanyak mempengaruh kuasa bateri pada telefon tersebut.

Dengan pelbagai aplikasi yang digunakan, terdapat telefon dengan bateri yang mampu bertahan hampir seharian malah terdapat juga yang hanya mampu bertahan kurang 4 jam.

Terdapat 6 fakta tentang bateri telefon pintar yang anda harus tahu.

Jenis bateri tidak akan bertukar dalam masa terdekat

Seperti yang sedia maklum, telefon pintar dikuasakan oleh bateri boleh cas semula lithium ion (li-ion).

Ia adalah satu-satunya jenis bateri yang ‘muat’ dan ‘sesuai’ untuk digunakan di dalam telefon pintar dengan kadar pengecasan berulang kali.

Jadi, untuk penggunaan yang lebih lama, pembina telefon pintar hanya mampu menambah kapasiti bateri mengikut kesesuaian dan ketahanan; namun belum masanya untuk mencipta bateri jenis yang baharu.

Pengecasan pantas tidak merosakkan bateri

Sebelum ini, telefon pintar akan didatangkan bersama pengecasan 5 hingga 10 watts untuk mengecas. Ia adalah watt yang bersesuaian untuk telefon dan harga telefon ketika itu.

Namun, teknologi terkini membolehkan telefon membantu bateri dicas dengan lebih pantas menggunakan pengecas berwatt tinggi sehingga 25 ke 45.

Walaubagaimanapun ia tidak menjejaskan bateri tersebut kerana pengecas tersebut hanya membuat pengecasan pantas utama dari 0% hingga 50% atau 70% dalam 15 ke 30 minit.

Seterusnya bateri akan dicas dengan kuasa yang seimbang dan sesuai sehingga bateri penuh.

Bateri Tidak Akan Terlebih Cas

Ramai yang khuatir bateri akan terjejas apabila dicas terlalu lama. Namun proses itu tidak merosakkan bateri.

Sistem pengurusan bateri akan menutup aliran apabila bateri mencapai 100% bagi mengelak pengecasan berlebihan.

Menurut Venkat Srinivasan, pengkaji bateri di Makmal Nasional Argonne, bateri tidak akan dicas berlebihan pada telefon moden melainkan sirkut bateri telefon tersebut bermasalah.

Namun, jika tetap membiarkan bateri dicas terlalu lama, ia akan memberi beban kepada prestasi bateri dalam jangka masa panjang.

Jangan biarkan bateri kosong sepenuhnya

Pengkaji bateri menasihatkan agar tidak membiarkan bateri kosong sebelum dicas. Ia mampu menghasilkan reaksi kimia pada bateri yang boleh menjejaskan hayat bateri tersebut.

Dinasihatkan agar bateri dicas sebaik menerima notis bateri berada pada tahap 30% untuk memberikan hayat yang lebih baik.

Suhu tinggi boleh merosakkan bateri

Suhu tinggi atau panas sangat menjejaskan bateri kerana ia mampu memendekkan usia bateri tersebut.

Elakkan meletakkan telefon pada cahaya matahari secara terus kerana ia mampu merosakkan bateri dan mungkin mengakibatkan bateri meletup.

Mengguna pengecas atau kabel berlainan tidak menjejaskan bateri

Menggunakan pengecas atau kabel berlainan jenama tidak menjejaskan bateri namun bateri tidak akan dicas sepantas menggunakan peralatan yang sepatutnya.

Walaupun begitu, pengecas dan kabel yang asli dari jenama telefon yang dipercayai sahaja disarankan untuk digunakan kerana peralatan yang tidak disahkan mampu merosakkan bateri dan mungkin juga telefon tersebut.

 

sumber: CNet

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close