Gaya HidupKesihatan

Universiti Oxford Dijangka Keluarkan Vaksin Covid-19 Pada Bulan September

Britain mungkin akan mendapatkan vaksin virus korona yang sedang dibangunkan oleh Universiti Oxford dengan kerjasama sebuah syarikat perubatan gergasi AstraZeneca pada bulan September.

Alok Sharma, Setiausaha Perniagaan telah membuat pengumuman tersebut pada awal minggu ini walaupun ia masih dalam proses percubaan klinikal.

Sharma berkomitmen untuk menambahkan dana sebanyak 84juta pound sterling untuk mempercepatkan penghasilan vaksin tersebut.

Jumlah ini merupakan tambahan daripada 47 juta pound sterling dalam bentuk tunai yang sudah disalurkan.

Ini adalah supaya penghasilan secara besar-besaran boleh bermula sebaik sahaja vaksin tersebut disahkan berkesan.

Menurutnya, projek Oxford sedang menunjukkan kemajuan yang baik dan sebuah lagi usaha penghasilan vaksin yang sedang dijalankan oleh Imperial College London juga melakukan hal yang sama.

Sharma juga telah mendedahkan bahawa enam ubat yang dihasilkan untuk merawat virus korona kini sedang dalam tingkat percubaan klinikal yang kini sedang berjalan di Hospital Churchill di Oxford.

Ia sudah pun bermula sejak 23 April yang lalu manakala vaksin yang dihasilkan oleh Imperial College London bakal melakukan percubaan klinikal terhadap pesakit pada bulan Jun.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close