AntarabangsaIsu Semasa

Detik Keajaiban Apabila Seorang Presiden Bank Ditarik Keluar Dalam Keadaan Hidup Setelah Pesawat Terhempas

Pada awalnya seramai 108 penumpang termasuk krew di dalam jet milik Pakistan International Airlines (PIA) dikhuatiri maut selepas juruterbangnya melaporkan terdapat masalah teknikal dan terhempas menghempap rumah di Model Colony.

Menurut laporan, beberapa bangunan musnah dalam nahas yang berlaku pada jam 2.45 petang waktu tempatan.

Presiden Bank of Punjab Terselamat Dari Nahas Kapal Terbang

Namun sebuah keajaiban berlaku apabila seorang eksekutif bank dan seorang lagi penumpang di dalam kapal terbang tersebut telah berjaya dikeluarkan daripada Airbus A320 yang musnah itu.

Presiden Bank of Punjab, Zafar Masood ditarik keluar daripada serpihan kapal terbang tersebut dan dalam keadaan baik.

Zafar Masood, Presiden Bank Punjab mangsa terselamat dari nahas pesawat. Sumber Imej: DailyMailUK
Detik-detik ketika Zafar dikeluarkan daripada kapal terbang yang telah musnah. Sumber Imej: DailyMailUK

“Terima kasih banyak-banyak. Tuhan telah mengasihani,” kata Masood yang duduk di kerusi 1C.

Seorang lagi penumpang yang terselamat ialah Muhammad Zubair.

Muhammad Zubair, penumpang kedua yang terselamat daripada nahas kapal terbang di Lahore, Pakistan. Sumber Imej: DailyMailUK

 

 

Pesawat Cuba Mendarat Tiga Kali

Saksi melihat pesawat dari Lahore itu telah cuba tiga kali untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah tetapi gagal dan akhirnya terhempas.

Pilot yang membawa Airbus A320-214 yang menggunakan enjin CFM56 yang dihasilkan oleh CFM International, sebuah kolaborasi di antara General Electric (Amerika Syarikat) dan Safran (Perancis) sempat melaporkan kerosakan pada enjin pesawat dan melakukan panggilan kecemasan sebelum terhempas.

 

Rakaman Perbualan Juruterbang Dengan Pihak Kawalan Udara

Rakaman dari pihak pengawalan udara dilakukan sebaik sahaja juruterbang tersebut tidak berjaya melakukan pendaratan kecemasan yang pertama.

Kawasan nahas pesawat. Sumber Imej: DailyMailUK

Antara perbualan terakhir yang dilaporkan DailyMailUK ialah pilot tersebut berkata: “Kami sedang menuju terus – kami telah kehilangan enjin”.

“Kami sahkan percubaan untuk mendarat,” jawab pihak pengawal keselamatan udara sebelum memberi laluan udara kepada kapal terbang tersebut.

“Tuan, mayday, mayday, mayday, mayday Pakistan 8303,” jawab juruterbang sebelum hubungan mereka terputus.

Sebuah rakaman video di media sosial turut menunjukkan detik-detik terakhir pesawat tersebut sebelum menjunam ke kawasan perumahan yang terletak berdekatan lapangan terbang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close