MalaysiaPolitik

Tun M Terpaksa Berdiam Setelah ROS Sahkan Beliau Bukan Lagi Pengerusi BERSATU?

4 Dakwaan Tun M Tentang Parti BERSATU

Pada hari Isnin yang lalu Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masih bersama Pakatan Harapan (PH) dan mendakwa keputusan membabitkan parti itu dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin secara bersendirian.

Beliau yang mempertahankan jawatan Pengerusi BERSATU selepas tiada pencalonan lain diterima bagi jawatan itu pada pemilihan parti tidak lama lagi, juga mendakwa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU tidak pernah membuat keputusan keluar daripada PH.

“Sehinggalah keputusan dibuat (oleh MPT) untuk meninggalkan (PH). Jika kita mahu keluar (daripada PH), kita keluar,” katanya pada sidang media BERSATU, PH dan Parti Warisan Sabah (WARISAN), Isnin lalu.

Dr Mahathir mendakwa, segala keputusan diambil Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU, tidak melalui parti itu.

“Dia buat keputusan tanpa Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU. Hari ini dia sudah isytiharkan BERSATU sebahagian daripada Perikatan Nasional,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membentuk Kabinet bayangan untuk mengukuhkan kedudukan PH, Dr Mahathir berkata, langkah berkenaan adalah retorik.

 

Imbasan Kembali Hari BERSATU keluar PH

Muhyiddin pada 24 Februari lalu mengumumkan BERSATU keluar PH melalui keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas MPT parti berkenaan sehari sebelum itu, sekali gus semua Ahli Dewan Rakyat daripada BERSATU juga keluar pakatan berkenaan.

Presiden BERSATU itu dilaporkan berkata, keputusan terbabit dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.

Sementara itu, Dr Mahathir menganggap pertukaran tampuk pentadbiran beberapa negeri yang tidak lagi memihak kepada PH menunjukkan kerajaan lebih banyak berpolitik berbanding menumpukan kepada isu pentadbiran negara.

Walau bagaimanapun, satu demi satu kenyataan Tun M telah disangkal.

 

Dakwaan MPT BERSATU Tidak Setuju Keluar PH Disangkal Kenyataan MPT

Sehari selepas kenyataan media Tun M, seramai 27 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengeluarkan kenyataan bersama menyokong penubuhan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, mereka juga menegaskan BERSATU membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dalam mesyuarat MPT pada 23 Februari lalu dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti lain di luar PH.

“Kami ingin menegaskan bahawa MPT BERSATU dalam mesyuaratnya pada 23 Februari lalu membuat keputusan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti lain di luar PH.

“Keputusan ini adalah jelas dan tidak perlu dipertikaikan. Kami juga menyokong sepenuhnya penubuhan PN sebagai sebuah gabungan parti politik dengan matlamat dan tujuan yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman PN,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Mereka berkata sokongan supaya BERSATU menyertai PN adalah ‘demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara.’

 

Siapa Sahaja Yang Menyokong Kenyataan Tersebut?

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Presiden BERSATU, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Rashid Ansari; Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Bendahari Agung, Datuk Mohamed Salleh Bajuri; Ketua Penerangan, Dr Radzi Jidin.

Ahli MPT ialah Tan Sri Abd Aziz Mohd Yassin, Muhammad Zahid Md Arip, Datuk Dr Sukiman Sarmani, Azlinda Abd Latiff, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Wan Mohd Shahrir Wan Abd Jalil, Dr Muhammad Faiz Na’aman, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Najwah Halimah Abd Halim.

Ahli MPT lain adalah, Datuk Nordin Salleh, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Wan Saiful Wan Jan.

Ketua BPN pula adalah Tan Sri Dr Rais Yatim (Negeri Sembilan), Datuk Kamarudin Md Nor (Kelantan), Datuk Seri Hajiji Nor (Sabah), Datuk Razali Idris (Terengganu), Mazlan Bujang (Johor), Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya (Wilayah Persektuan) dan Jaziri Alkaf A Suffian (Sarawak).

Jabatan ROS Turut Mengeluarkan Kenyataan Mengesahkan Tun M Sudah Pun Meletakkan Jawatan

Ia kemudiannya disusuli oleh pengesahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 24 Februari lalu adalah sah.

Sehubungan itu, dalam satu surat bertarikh 5 Mei dikeluarkan agensi itu, menjelaskan bahawa pemangkuan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin atas jawatan pengerusi parti itu juga sah.

Surat itu memaklumkan, Muhyiddin boleh memangku jawatan itu hingga diadakan semula pemilihan pengerusi selaras dengan perlembagaan BERSATU.

“Berdasarkan dokumen yang dikemukakan – iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, ROS mengesahkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi BERSATU adalah sah.

“Pemangkuan jawatan Pengerusi BERSATU oleh Muhyiddin, Presiden BERSATU adalah juga sah dan masih berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan BERSATU sehingga diadakan pemilihan pengerusi baru,” jelas surat itu.

 

Mengikut Perlembagaan Parti, Muhyiddin Boleh Memangku Jawatan Pengerusi Parti

Surat itu menjelaskan, Muhyiddin boleh memangku jawatan itu berdasarkan artikel 16.9 perlembagaan BERSATU yang membenarkan keputusan itu dibuat.

ROS juga memaklumkan penilaian ini dibuat berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak berkaitan.

Beberapa pemimpin BERSATU sebelum ini menyatakan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi BERSATU tidak sah dan bekas Perdana Menteri itu masih menyandang jawatan itu hingga kini.

Dr Mahathir pada Februari meletakkan jawatan Pengerusi BERSATU selepas tidak berpuas hati dengan pendirian partinya yang keluar dari Pakatan Harapan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close