EventsTeknologi

Showmatch Amal MLBB 515 eParty Sumbang Dana RM51,500 Kepada Frontliners

Moonton, pembangun permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) ini telah menganjurkan satu acara amal 515 eParty yang meriah walaupun menerusi atas talian.

Acara kemuncak yang berlangsung pada 16 Mei lalu, satu siaran langsung Showmatch Amal telah diadakan dan disertai bintang media sosial MLBB, Soloz, MasterRamen, SynC, Ly4Ly4Ly4 dan ramai lagi dengan matlamat untuk berhibur sambil beramal dan mengumpul dana bagi tabung kebajikan wabak Covid-19.

Diakhir siaran tersebut, Moontoon telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM51,500 akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi wira barisan hadapan “frontliners” yang bertungkus lumus mencegah penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Penonton dan komuniti MLBB turut beramal menyumbang dana secara tidak langsung dengan menonton dan berkongsi siaran Showmatch Amal ini.

“Dari pihak Moonton, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti MLBB kerana memainkan peranan yang besar dalam sumbangan tabung kebajikan Covid-19 melalui penglibatan mereka dalam Showmatch Amal 515 ePartyu dan kami juga ingin berterima kasih atas sokongan mereka terhadap Mobile Legends: Bang Bang. Selain daripada 5155 yang sedang berlangsung, kami juga telah menyediakan pelbagai ganjaran dalam permainan sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka,” kata Snow Leng, Pengurus Pemasaran bagi Shanghai Moonton Technology Co., Ltd.

515 eParty

Acara 515 ini adalah acara tahunan MLBB yang diadakan di seluruh dunia dan bertema “515 United” dengan slogan “United We Win” sebagai tema tahun ini.

Walaupun diadakan secara talian untuk acara kali ini, pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti pertandingan MLBB, pertanding cosplay, cabutan bertuah dan banyak lagi aktiviti menarik.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan Malaysia, aktiviti ini dijalankan sepenuhnya diatas talian bagi menjaga keselamatan dalam usaha mencegah penularan virus ini.

Dalam acara ini juga, Moonton turut memperkenalkan dan memberi ganjaran edisi terhad di dalam permainan seperti mendapatkan hero percuma ‘Luo Yi’ secara percuma dengan log masuk MLBB pada 16 Mei dan melancarkan lagu tema terbaru “Party Legends”.

Meraikan Ramadan Hari Raya Aidilfitri

Di bulan Ramadan ini, ruang muka permainan MLBB telah menerima kemas kini tema Ramadan bagi memberikan kelainan dan semangat menyambut bulan istimewa ini.

515 eParty juga turut mengadakan satu pertandingan melukis hero MLBB meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Pelbagai Acara Yang Disediakan

Sepanjang 515 eParty yang berlangsung ini, Moonton telah menyediakan pelbagai aktiviti dan acara seperti Cabaran Bergambar 515, Pertandingan Mengubah Suai Lagu dan Cabaran 515 Finger Dance di mana orang ramai berpeluang memenangi hadiah dan juga wang tunai.

Ketika Showmatch Amal 515 eParty berlangsung bersama bintang media sosial MLBB, ramai bintang media sosial Malaysia dan Singapura turut sama meraikan acara ini seperti Cody Hong, Lizz Chloe, Danny Ah Boy, Elizabeth Tan, Jian Hao Tan, Night Owl Cinematics dan Dee Kosh.

Dengan kejayaan 515 eParty pada tahun ini yang meyatukan orang ramai untuk bermain MLBB bersama-sama dalam norma baru, Moonton berharap dapat kembali dan meraikan acara 515 tahun hadapan dengan lebih meriah.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close