Selepas berlakunya rombakan dalam struktur kejurulatihan kem senior, kini tiba giliran bahagian skuad remaja badminton kebangsaan memperkukuhkan sistem kejurulatihan mereka.
Senarai tertinggi dalam kem kejurulatihan remaja kini dikendalikan oleh Datuk Misbun Sidek yang memegang jawatan Pengarah Pembangunan Belia.
Senarai Baharu Pengendali Pasukan Badminton Remaja Kebangsaan
Pengendali Skuad Bawah 18 Tahun
- Perseorangan
- Hazwan Jamaluddin
- Poh Chai Boon


- Beregu
- Pang Cheh Chang
- Vountus Indra Mawan
- Lutfi Zaim



Pengendali Skuad Bawah 15 Tahun
- Remaja lelaki bawah 15 tahun
- Hafiz Hashim
- Alvin Chew

- Remaja perempuan bawah 13 tahun
- Kwan Yoke Meng

- Remaja perempuan 14-15 tahun
- Zhang Hong Yu

Mengulas mengenainya perstrukturan semula ini, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria percaya di bawah bimbingan Misbun, pihaknya mampu menerapkan tahap disiplin yang tinggi, budaya inginkan kemenangan di kalangan pemain sangat muda dan membantu proses peralihan mereka ke pasukan kebangsaan senior.
“Di BAM, pembangunan jangka panjang berterusan skuad junior kekal sebagai keutamaan kami kerana kami berusaha mencungkil generasi pemain seterusnya.
“Kami akan terus menyediakan persekitaran yang optimum untuk memudahkan perkembangan semua 77 pemain muda di ABM (Akademi Badminton Malaysia),” katanya.