Teknologi

Zhiyun Smooth-X Gimbal Telefon Pintar Ringkas dan Lebih Mampu Milik

Zhiyun baru sahaja memperkenalkan gimbal 2-paksi dengan rekaan yang lebih ringkas pada harga yang lebih murah.

Smooth-X adalah gimbal penstabilan untuk penggambaran kamera telefon pintar yang menggunakan 2-paksi yang bergerak.

Berbeza dengan gimbal lain yang menggunakan 3-paksi, Smooth-X hanya tidak boleh melakukan penggambaran mendongakkan kamera ke atas dan ke bawah.

Namun, gimbal ini masih mampu memberikan keupayaan rakaman yang stabil dengan beberapa fungsi dan ciri-ciri yang tersedia.

Rekaan

Ia direka dengan berat hanya seberat 256 gram dengan rekaan yang ringkas dengan keupayaan menyimpan yang lebih mudah.

Turut dilengkapi adalah tangkai yang boleh memanjangkan paksi kamera untuk penggambaran lebih jauh dan luas.

Selain itu, Smooth-X ini turut mempunyai fungsi aplikasi yang penggambaran automatik seperti ‘face tracking’ dan tetapan ISO serta ‘frame per second’ yang disambungkan kepada telefon melalui sambungan ‘Bluetooth’.

Menurut Zhiyun, Smooth-X mampu bertahan sehingga 6 jam penggunaan dengan sekali pengecasan.

Zhiyun Smooth-X kini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan harga lebih rendah berbanding gimbal telefon pintar lain pada harga sekitar RM279.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close