Gaya HidupKesihatan

Petanda Gatal Di Kaki Mungkin Tanda Awal Jangkitan Covid-19 Yang Terbaharu

Kebimbangan terhadap tanda pada kulit di jari kaki semakin meningkat di Amerika Syarikat kerana kemungkinan ianya tanda Covid-19.

Ini telah menyebabkan doktor kulit semakin banyak menerima gambar dan lawatan video untuk melihat jari kaki pesakit.

 

Pakar Kulit Sudah Jangkakan Ini Tetapi…

Pakar kulit di Boston, Amerika Syarikat, Esther Freeman, mengantisipasi pelbagai laporan tentang ruam kulit apabila orang menjadi sakit akibat dijangkiti virus.

“Namun saya tidak jangkakan ia akan berada di bahagian jari kaki,” kata Freeman daripada Hospital Awam Massachusetts yang sejak pandemik Covid-19 sering melihat ibu jari kaki – paling banyak sepanjang kerjayanya sebagai seorang doktor.

Di Amerika Syarikat, ia kini dikenali sebagai “Covid toes” (Covid jari kaki).

 

Apa Itu Covid Jari Kaki?

Ia adalah ruam merah, bengkak dan adakalanya gatal yang kelihatan seperti ‘chilblains‘ iaitu keradangan saluran darah kecil di kulit yang menyakitkan dan berlaku akiibat tindak balas kepada pendedahan berulang kepada udara sejuk tetapi tidak membeku.

Namun chilblains ini selalunya didapati di bahagian kaki dan tangan orang yang sering berada di luar rumah dalam keadaan sejuk.

Antara imej “Covid Toes”. Sumber Imej: NBC Chicago

Adakah Ia Sesuatu Petanda Yang Serius?

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu panik dan pergi ke wad kecemasan jika ia terjadi kepada ibu jari anda kata Akademi Dermatologi Amerika.

Pada awal bulan ini mereka telah mengeluarkan nasihat untuk mendapatkan pemeriksaan teleperubatan sebagai langkah pertama untuk mereka yang mahu bertanya sama ada mereka mengalami “Covid toes” atau tidak.

Mereka yang tidak mempunyai alasan segera untuk dapat rawatan juga dinasihatkan untuk melakukan perkara yang sama sehingga doktor memutuskan untuk pesakit melakukan pengasingan di rumah atau diuji.

 

Simptom Covid-19

Simptom paling biasa jika seseorang mendapat virus korona ialah demam, batuk kering, dan sesak nafas.

Malah ada yang mendapat jangkitan virus tersebut walaupun tidak menunjukkan simptom.

Namun, walaupun virus ini sedang berterusan menjangkiti manusia, simptom yang lebih tidak biasa dilihat yang dilaporkan termasuklah hilang deria bau, muntah-muntah, cirit-birit dan masalah kulit yang pelbagai.

Dalam sebuah laporan, pakar kulit telah menilai seramai 88 pesakit Covid-19 di sebuah hospital Itali dan mendapati 1 daripada 5 pesakit memiliki simptom penyakit kulit.

Kebanyakan daripada mereka mengalami ruam di bahagian alat sulit lelaki.

Dalam sebuah laporan yang lain, doktor Sepanyol telah melaporkan 375 kes pesakit dengan pelbagai laporan penyakit kulit termasuk gatal-gatal pada luka seperti cacar air hingga bengkak kaki.

 

Laporan Tentang Ruam Kulit Semakin Meningkat Di Kalangan Pesakit Covid-19

Gambar jari kaki kemerahan dan kegatalan muncul merata di media sosial serta group chat para doktor telah menyebabkan pakar kulit melihat ia sesuatu yang patut diambil perhatian dan kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk memahami hubung kait tersebut, kata Dr. Kanade Shinkai of the University of California, San Francisco berdasarkan penulisannya di sebuah artikel di JAMA Dermatology.

Dr. Freeman telah mengarahkan pendaftaran Covid-19 antarabangsa untuk doktor melaporkan kes-kes gejala kulit yang mungkin berkaitan dengan virus.

Daripada 500 laporan sejak akhir Mac, kira-kira separuh daripadanya adalah bintik-bintik seperti chilblain di kaki, katanya.

Menurut Dr. Amy Paller dari Northwestern University yang juga sedang mengumpul imej pesakit dengan ibu jari mereka berkata, gejala ini turut muncul dikalangan orang muda.

Di antara persoalan yang timbul tentang perkara ialah: Adakah keradangan ini muncul akibat jangkitan dan bukannya selesema? Adakah virus itu telah menyebabkan lapisan saluran darah di kulit meradang atau mungkin ia menyebabkan pembekuan darak miskroskopik?

Namun Freeman menasihatkan orang ramai untuk tidak cemas kerana kebanyakan pesakit yang mengalami gejala ini tidak mengalami sakit yang teruk.

 

Adakah ia berjangkit?

“Kami tidak boleh melihat hanya berdasarkan jari kaki,” katanya.

Terdapat keadaan perubatan lain seperti lupus yang menyebabkan bintik-bintik yang sama.

Ini juga merupakan alasan para doktor untuk berbincang dengan pesakit tentang keadaan kesihatan mereka secara menyeluruh dan merupakan langkah seterusnya untuk mereka lakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close