Teknologi

‘Can You Save The World?’ Didik Kanak-Kanak Fahami Penjarakan Sosial

Sebuah permainan komputer ‘Can You Save the World?’ yang dihasilkan oleh seorang professor dari London dapat membantu kanak-kanak memahami bagaimana jarak sosial dapat menyelamatkan nyawa semasa wabak Covid-19 melanda dunia.

Pencipta permainan tersebut, Richard Wiseman berkata idea yang dianggap sebagai permainan komputer Covid-19 pertama di dunia itu tercetus setelah dia pergi bersiar-siar semasa pelaksanaan perintah berkurung di Britain.

Wiseman mendapat idea menghasilkan permainan komputer ini melalui pemerhatian di mana dia perlu menjaga jarak sosial dari pejalan kaki dan penunggang basikal di sekelilingnya.

Wiseman yang juga profesor psikologi di University of Hertfordshire berkata, kajian menunjukkan bahawa permainan yang mendorong tingkah laku sosial yang positif dapat mempengaruhi tindakan orang di dunia nyata.

Beliau mencipta permainan tersebut dengan kerjasama seorang pereka grafik, Martin Jacob dengan mereka watak yang comel dan lebih menarik minat kanak-kanak untuk bermain.

“Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan bahawa jika anda membuat individu khususnya kanak-kanak, berkelakuan dengan cara tertentu dalam permainan video, ia benar-benar berpindah ke kehidupan nyata,” katanya.

Menurut Wiseman, beliau kini sedang berusaha dan mahukan permainan tersebut diperkembangkan ke dalam pembelajaran sekolah untuk mendidik dan menggalakkan penjarakan sosial di dalam kalangan kanak-kanak.

Sejak dilancarkan Jumaat lalu, kira-kira 15,000 orang pemain dari golongan kanak-kanak dan orang dewasa telah pun memuat turun dan bermain permainan komputer tersebut.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close