AntarabangsaIsu Semasa

Robot RM172 Bantu Buat Pembelian Di Kedai & Elak Daripada Berhubung Dengan Orang Ramai

Seorang jurutera komputer di India telah menggunakan kemahiran yang ada pada dirinya untuk membantunya dalam pembelian barang.

Hasil ciptaannya itu telah mengelak dirinya daripada harus ke tempat awam dan beratur panjang di hadapan kedai.

 

Robot Kos Rendah Tetapi Boleh Dikendali Dengan Baik

Karthik Velayutham, 31 tahun mencipta sebuah robot dengan kos 3,000 rupees (RM172) sahaja untuk membantunya membeli barang di kedai.

“Saya menghantar robot ke kedai serbaneka sebagai percubaan dan bagaimana orang boleh menggunakannya di kawasan sesak disamping memberi kesedaran kepentingan untuk penjarakan sosial bagi mengelak virus Covid-19 disebarkan,” kata Velayutham kepada AFP.

“Saya sudah mencuba alat ini di jalanan dan tidak ada masalah mengendalikannya. Semuanya berjalan lancar walaupun di tempat yang tidak rata kerana ia telah dipasang gear motor.”

 

Mengendalikan Robot Dari Kejauhan

Velayutham mengendalikan mesin ini dari rumah di Coimbatore, sebuah bandar utama di selatan Tamil Nadi.

Dengan menggunakan telefon pintar yang telah dibina pada robot tersebut, Velayutham hanya menghantar arahan melalui internet.

Velayutham akan meminta bantuan pembantu kedai tentang barangan yang diminta melalui panggilan video dan mesin tersebut boleh membawa muatan sehingga 50kg.

“Keistimewaan robot saya ialah ia boleh dikawal dari mana-mana bahagian dunia,” kata Velayutham.

“Bayaran pula boleh dilakukan menggunakan e-wallet ataupun bayaran elektronik dari kejauhan.”

 

Yakin Robot Ini Mempunyai Pelbagai Fungsi

Di merata dunia robot seperti ini telah dicipta sewaktu pandemik Covid-19 melanda. Kebanyakan robot ini digunakan untuk menghantar barang, melakukan pemeriksaan perubatan dan juga membersihkan kawasan.

Velayutham yakin mesin ciptaannya juga boleh membantu mereka di barisan hadapan dengan sedikit ubah suai.

“Ia boleh digunakan di hospital dan berhubung dengan pesakit dari kejauhan,” katanya.

“Ia boleh digunakan dalam pelbagai perkara – membantu membeli-belah, menjadi polis rondaan dan juga jika harus berada dalam situasi seperti kawasan terbakar dan berbahaya untuk manusia teroka,” tambah Velayutham.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close