Gaya HidupKerjaya

6 Tips Untuk Mereka Yang Hilang Pekerjaan Akibat Pandemik Covid-19

Ramai yang telah hilang pekerjaan di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19 ini tetapi janganlah putus asa dan rasa tidak berguna akibat itu. Ambillah peluang ini untuk meningkatkan kemahiran diri.

 

Tips Daripada Orang Pernah Dibuang Kerja

Ini dia beberapa tips daripada penulis buku terkenal dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Bridesmaid for Hire, Jen Glantz. Beliau merupakan pengasas kepada syarikat yang memberi perkhidmatan ‘bridesmaids’ yang akan membantu orang ingin berkahwin mengendalikan pelbagai perkara remeh tetapi penting sewaktu hari perkahwinan.

Sebelum menjadi seorang usahawan dan mengendalikan perniagaannya sendiri, beliau telah kehilangan pekerjaannya sebagai seorang ‘copywriter’ untuk sebuah syarikat teknologi.

 

Jangan Panik & Ambil Peluang Menyusun Diri

Beliau memiliki pengalaman tersendiri perasaan apabila dibuang kerja.

Namun dia tidak panik dan mengambil kehilangan ini sebagai peluang dengan menyusun semula pemikiran, emosi dan langkah seterusnya yang harus diambil.

Perkara utama yang dinasihatkan Glantz dalam South China Morning Post ialah untuk melihat kembali pilihan pemberhentian kerja, menjadikan rakan sekerja lama sebagai rujukan dan mengadakan hubungan industri, serta membuat “senarai aktiviti yang menyeronokkan” untuk tetap sibuk sambil mencari pekerjaan baru.

Dan ini pula adalah 6 tips utama yang dikongsikannya:-

 

1. Hasilkan sebuah senarai pembelajaran

Contoh yang diberi oleh Glantz ialah mempelajari SEO, mengikuti bengkel digital marketing dan juga sesi 101 Excel. Senarai ini merupakan perkara-perkara yang anda ingin dalami atau kemahiran yang ingin anda tingkatkan.

Ini bakal membuat diri anda terasa lebih produktif dan bakal membantu anda dari rasa ingin putus asa mencari pekerjaan baharu serta menjadi tidak produktif.

Periksa juga beberapa tempat pembelajaran atas talian yang menawarkan pembelajaran percuma seperti edX.

 

2. Cuba dapatkan bantuan daripada tempat kerja lama

Walaupun ia adalah perit dibuang kerja tetapi janganlah berdendam dengan bos, majikan ataupun syarikat tersebut. Ia memang sukar untuk dilalui tetapi anda masih memerlukan bantuan syarikat tersebut untuk menulis surat cadangan, dapatkan rujukan dan mungkin juga anda boleh dihubungkan ke tempat lain secara tidak rasmi yang mana anda boleh dapatkan peluang kerja baharu.

Ambil masa untuk menulis kepada bekas rakan sekerja, pengurus dan orang di syarikat tempat kerja lama. Zahirkan rasa terima kasih kepada mereka di atas bantuan ataupun apa sahaja pertumbuhan atau perkara yang membuat anda rasa senang hati bekerja di sana.

Selain itu, minta bantuan mereka menulis testimonial tentang diri anda ataupun nasihat untuk mencari kerja baharu.

Orang yang berada dalam industri anda mungkin memiliki peluang pekerjaan dengan apa yang pernah anda lakukan sebelum ini tetapi di syarikat lain atau ada kenalan yang berkenan dengan hasil kerja anda akan membuka ruang untuk anda.

 

3. Lakukan kajian dan juga semak semula pilihan yang diberi oleh syarikat semasa mereka memberhentikan anda dari kerja

Menyemak semula pakej pemberhentian kerja yang ditawarkan adalah sangat digalakkan.

Walaupun perkara ini berkemungkinan besar tidak akan ditawarkan kepada mereka yang bekerja di syarikat swasta kecil tetapi di Malaysia terdapat bantuan oleh PERKESO apabila majikan terdahulu mencarum Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.

Semak semula bantuan yang diberikan oleh PERKESO tersebut untuk bantu anda dalam bantuan kewangan sewaktu mencari pekerjaan baharu.

 

4. Tingkatkan “Jenama Diri” Anda

Sebelum pekerjaan lama anda menjauh, tulis 25 perkara yang anda pernah bertanggungjawab untuk lakukan dan juga perkara yang anda pernah capai dalam peranan di syarikat lama.

Anda boleh gunakan informasi ini untuk dikemaskini dalam resume serta surat pemohonan pekerjaan baharu.

Anda memerlukan dokumen ini untuk mencari pekerjaan baharu jadi lengkapkan ia secepat mungkin supaya pencarian kerja baharu boleh dilakukan segera.

Sekiranya anda meminta bantuan rakan kerja lama untuk bantu anda cari pekerjaan baharu, adalah lebih baik untuk dapatkan aset keperibadian anda segera.

 

5. Berhubung dan lakukan jaringan dari rumah

Proses mencari pekerjaan bukan sesuatu mudah dan anda akan menghabiskan masa di rumah berseorangan mencari pekerjaan baharu.

Oleh itu buatlah sasaran untuk berhubung dengan orang lain di media sosial seperti LinkedIn.

Turut serta dalam kumpulan di beberapa rangkaian media sosial seperti Facebook untuk mencari rangkaian dengan orang profesional lain dalam industri.

Isi buku harian yang anda perlu lakukan dengan menelefon dan mengadakan chat untuk sentiasa berhubung dengan orang serta melihat perkembangan terkini. Beritahu mereka jenis pekerjaan yang anda sedang cari.

 

6. Cari pekerjaan di tempat jarang orang cari

Selalunya orang akan mencari pekerjaan melalui laman web syarikat mencari pekerja dan juga LinkedIn.

Adakalanya peluang adalah terbaik didapati di tempat yang anda belum pernah terokai seperti ‘group Facebook’.

‘Facebook group’ memiliki komuniti tersendiri yang memiliki komuniti atau orang yang mempunyai minat yang sama. Ikuti kumpulan ini dan cari peluang pekerjaan yang ada. Anda juga boleh post tentang diri anda dan apa yang anda sedang cari.

 

Sememangnya hilang pekerjaan bukan sesuatu yang mudah diterima dan mencari kerja baharu adalah bukan sesuatu yang mudah didapati. Bersabar, tawakal dan jangan putus adalah alamatnya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close