Teknologi

Klip Debut PlayStation 5 Diperlihatkan Dengan Teknologi Unreal Engine 5

Baru-baru ini, Epic Games, pembangun permainan video Fornite telah melakukan demonstrasi kekuatan teknologi Unreal Engine 5 di dalam konsol PlayStation 5.

Pengarah Teknikal Grafik, Brian Karis dan Pengarah Seni Projek Khas, Jerome Paltteaux memperlihatkan keupayaan teknologi ini di dalam satu video berdurasi 9 minit ini.

Demonstrasi ini ditunjukkan melalui sebuah permainan video percubaan iaitu ‘Lumen in The Land of Nanite’.

Dalam video ini, 2 teknologi utama yang ingin diperkenalkan adalah Nanite – geometri mikropoligon virtual, yang membolehkan artis membina sebarang geometri dalam kadar poligon yang tinggi tanpa memberi masalah kepada kadar permainan.

Dan Lumen – pencahayaan dinamik global yang lebih realistik dengan kadar lantuan cahaya terhadap poligon-poligon yang dibina.

Teknologi ini juga dapat melihat, artis tidak perlu mengurangkan poligon tertentu untuk mendapatkan binaan dan permandangan yang lebih terperinci tanpa masalah.

Kadar fizik dan graviti juga dapat dijalankan dengan mudah dan nampak sebenar termasuk graviti kain atau runtuhan batu-batu melalui partikel kecil.

Grafik yang dilihat seaakan visual dari ‘cutscene’ dalam sesebuah permainan video, namun ia sebenarnya adalah visual sebenar ketika permainan sedang berlangsung menggunakan teknologi terbaru ini.

Dalam berita lain pula, Sony juga telah mengesahkan PlayStation 5 tetap akan dilancarkan penghujung tahun 2020 ini walaupun dilihat pandemik Covid-19 mampu mengganggu proses pengeluaran.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close