Isu SemasaTeknologi

Penggunaan Dron Digunakan Sepenuhnya PDRM Semasa PKPB

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini sedang menggunakan teknologi dron sepenuhnya untuk memantau dan memastikan prosedur operasi (SOP) terbaru dipatuhi.

Ia adalah inisiatif pihak PDRM memastikan rakyat dan pemilik perniagaan mematuhi arahan operasi ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan.

Ketua Superintenden Unit Udara (dron) PDRM, Rasha Azaldin Shafii berkata dron ini digunakan untuk tujuan pengumuman secara udara dan juga sebagai kamera pemantau pergerakan.

“Dron ini dilepaskan seperti biasa namun fokus utama kali ini adalah untuk memastikan orang ramai mematuhi ‘SOP’ terbaru ini, terutama untuk memastikan penjarakkan sosial,” ulasannya dalam satu temuramah bersama Bernama.

Selain memantau pergerakkan orang ramai, pengumuman juga yang dilakukan melalui dron ini memberikan informasi dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil yang dilengkapi sistem pembesar suara.

Selasa lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 15 agensi kerajaan termasuk MAF, APM dan Bahagian Imigresen telah diberi kuasa untuk memastikan perlaksanaan, penguatkuasaan dan pematuhan PKPB ini berjalan lancar.

Dalam masa yang sama, Rasha Azaldin berkata teknologi dron ini turun digunakan untuk membantu Pasukan Gerak Am untuk membuat pemantau di sekitar sempadan negara dan kawasan maritim.

“Ini adalah bertujuan untuk mengekang kemasukan pendatang ke negara kita”.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close