Sukan

Mike Tyson Kembali Tetapi Di Pentas UFC?

Mike Tyson yang kini berusia 53 tahun dilihat sedang melakukan persiapan rapi untuk kembali bertarung.

Menerusi sebuah klip video beliau menjalani latihan semalam, beliau sempat memberitahu bahawa “Saya kembali”.

Kali terakhir Mike Tyson bertarung secara profesional ialah pada 15 tahun yang lalu.

Beliau kini memberi bayangan bahawa akan muncul di gelanggang pertarungan dan mungkin berada di pentas oktagon UFC.

Mike yang juga dikenali sebagai Iron Mike sering kali menerima pelbagai tawaran wang lumayan.

 

Pelbagai Tawaran Bertarung Dengan Mike Tyson

Sebelum ini bapa Tyson Fury berkata dia sanggup ‘mati’ kerana mahu menentang Mike Tyson.

Fury Snr menjadi peminat setia kepada Iron Mike sejak sekian lama malah anak lelakinya turut dinamakan Tyson seperti petinju yang mendapat gelaran ‘Baddest Man on the Planet’ itu.

Malah petinju tinggi lampai kelahiran Galway mempunyai sejarah tersendiri dalam karier profesional tinju – bertarung dalam 13 perlawanan profesional.

Selain itu, Mike Tyson juga ditawarkan $1 juta (RM4.3 juta) untuk keluar daripada persaraan dan menentang legenda ragbi tak pernah kalah, Sonny Bill Williams dalam pertarungan pertunjukan.

Petinju digelar Baddest Man on The Planet menerima tawaran pertama dengan ‘promoter’ Brian Amatruda sedia mengatur pertarungan menentang bekas pemain liga ragbi, Barry Hall dan Paul Gallen atau legenda All Blacks, Williams sebagai lawan.

Bagaimanapun Mike Tyson menegaskan akan hanya melayan tawaran yang lebih serius.

Malah spekulasi berterusan membabitkan jumlah bayaran diterima jika dia bertarung satu lawan satu bagi pertembungan ketiga dengan Evander Holyfield – petinju yang menjadi mangsa di gigit telinga dalam pertarungan popular mereka.

 

Bertarung Hanya Untuk Meraih Dana Kebajikan

Namun, juara dua kali itu menegaskan perancangan untuk kembali bertarung hanya untuk meraih dana kebajikan.

Menurut HMetro, Mike Tyson mahu “pergi berperang” lagi kerana mahu menolong orang yang berjuang dengan ketagihan dadah dan gelandangan membuatkan dia membuka pintu untuk pertarungan di UFC.

Bercakap di Facebook ketika acara permainan video bagi #PlayApartTogether, Tyson berkata : “Anda tidak mungkin tahu. Ia mungkin tidak berakhir lagi. Apapun boleh berlaku.

“Anda mungkin tidak tahu baby. Perasaan saya sangat bagus kebelakangan ini. Anda tidak akan tahu.”

Bercakap mengenai latihan pengasingan, Tyson memberitahu : “Itu sahaja yang saya lakukan, untuk berada pada prestasi yang terbaik.

“Saya fikir sukar di sekat ketika ini. Saya rasa sama [seperti kemuncak kerjaya] kembali.

Ikon heavyweight berusia 53 tahun itu baru-baru ini mendedahkan mahu kembali ke gelanggang dan menjalani latihan dalam tempoh tiga minggu terakhir di bawah kendalian jurulatih MMA, Rafael Cordeiro.

Cordeiro, ketua jurulatih di Kings MMA, California percaya Tyson hanya memerlukan lima bulan lagi untuk benar-benar bersedia beraksi dalam pertarungan sebenar.

Tags
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
Close