Bisnes & Ekonomi

Jejaka Disebalik Projek Pelindung Muka Proton

Lee Yeet Chuan merupakan pegawai khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong. Namun selain daripada itu beliau mempunyai tanggungjawab lain sebagai ketua bahagian pengurusan tenaga baharu (NEM).

Sumber Imej: Fb BERNAMA Radio

Dengan pandemik Covid-19 yang belum reda, banyak syarikat telah bantu menyumbangkan bantuan kepada pihak kerajaan dan masyarakat untuk memerangi penyakit tersebut.

Proton sendiri telah memulakan projek menghasilkan pelindung mula pada 16 April untuk diedarkan kepada mereka yang berada di barisan hadapan.

Mereka telah menghasilkan dan menghantar barangan pelindungan diri (PPE) dalam jangka masa 20 hari.

Dalam fasa kedua, mereka telah menghasilkan lebih 60,000 pelindung muka dan telah menyumbangkannya kepada polis dan pihak ketenteraan yang bertugas sewaktu tempoh PKP.

 

Siapa Lee Yeet Chuan?

Beliau telah memulakan kerjayanya di Proton sejak tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanik di Universiti Tenaga Nasional pada tahun 2003.

Lee Yeet Chuan. Sumber Imej: TheStar

Pengajiannya tidak berhenti di situ sahaja apabila Yeet Chuan meneruskan pengajian sambil bekerja untuk Proton dan berhasil memperoleh Master of Business of Administration (Finance).

Yeet Chuan kemudiannya memasuki projek China syarikat Proton dan telah dihantar ke China selama 6 tahun daripada 2006 hingga 2012.

“Pada ketika itu, saya berada dalam bahagian perdagangan antarabangsa dan kerja saya termasuk menguruskan projek eksport model Proton ke China dan juga lokalisasi komponen di China.

“Setelah saya pulang pada akhir 2012, saya telah memasuki bahagian transformasi di mana saya perlu menguruskan bahagian pengurangan kos utiliti termasuk elektrik, air dan gas terhadap kesemua anak syarikat Proton.

 

Pegawai Khas CEO Proton

“Apabila Geely bergabung menjadi rakan kongsi Proton di akhir 2017, saya diberi tanggungjawab sebagai pegawai khas kepada Dr Li,”katanya kepada TheStar.

Menurut Yeet Chuan, sewaktu di minta menjadi ketua di bahagian NEM pada tahun 2015, terdapat hanya dua pekerja sahaja termasuk dirinya. Namun dia membuktikan bahawa dia boleh mengurangkan kos dan penggunaan tenaga.

Kini bahagiannya mempunyai sembilan pekerja sepenuh masa untuk melihat pelbagai urusan dan pada tahun 2019 sahaja mereka telah mencapai sasaran penjimatan sebanyak RM2juta.

Secara keseluruhan daripada tahun 2015 hingga 2019, mereka telah melakukan sebanyak RM21 juta penjimatan. Sebuah angka yang melepasi sasaran RM17juta atau 23% melebihi sasaran penjimatan kos.

 

Bagaimana Lee Yeet Chuan Terinspirasi Menghasilkan Pelindung Muka?

Menurut beliau, idea tersebut datangnya apabila beberapa rakan kerja dan dirinya cuba memikirkan bagaimana mereka boleh menggunakan barangan yang ada dan membantu orang di barisan hadapan menghadapi pandemik Covid-19.

Pelindung muka yang dihasilkan Proton. Sumber Imej: Proton

Ia merupakan sebahagian daripada sumbangan kami terhadap perkhidmatan awam.

“Saya membaca beberapa artikel di atas talian tentang bagaimana syarikat auto di seluruh dunia membantu menghasilkan PPE seperti pelindung muka yang berguna untuk mereka dalam bidang perubatan.

“Saya juga mendapati menghasilkan pelindung muka ini adalah sesuatu yang boleh dilakukan di Proton kerana kami memiliki alat dan teknologi pencetak 3D, acuan plastik dan sebagainya.

 

Kerjasama Daripada Pelbagai Pihak

“Dalam urusan ini, vendor kami Hicom Teck See dan Pos Logistics Bhd juga telah membantu menyumbang beberapa bahan asas seperti polipropelin untuk menghasilkan bingkai pelindung muka. Manakala Pos Logistics telah menyumbang kotak dan mengedarkan bahan pelindung muka yang telah siap ke 58 pusat saringan Covid-19 dan juga pusat rawatan di Malaysia,” jelas Yeet Chuan.

Proton telah berjaya menghasilkan 3,000 pelindung muka dalam satu hari dan telah berjanji untuk memberi bantuan sebanyak 60,000 pelindung muka kepada barisan hadapan.

Show More

Related Articles

Back to top button