AntarabangsaIsu SemasaSains

Covid-19 Mungkin Telah Menjangkiti Manusia Seawal Oktober 2019?

Sebuah kajian yang bakal diterbitkan dalam sebuah jurnal Infection, Genetics and Evolution telah menemukan patogen yang sebelum ini dikenali sebagai SARS-CoV-2 telah berubah hos kepada manusia seawal 6 Oktober tahun lalu.

Penemuan ini adalah berdasarkan analisis daripada 7,000 penjajaran genom yang diambil daripada seluruh dunia bermula bulan Januari.

Melalui penelitian evolusi mutasi, para pengkaji daripada University College London dan University of Reunion Island telah berjaya memutar kembali jam molekular pada awal permulaannya.

Mereka juga berjaya mengenali mutasi utama virus korona yang telah berterusan berubah sejak ia menyerang manusia.

 

Tarikh Jangkitan Pertama Covid-19 Semakin Awal

Dalam kajian retrospektif daripada pelbagai tarikh pesakit pertama Covid-19 dan data kerajaan yang diperoleh, South China Morning Post telah meletakkan kes pertama jangkitan Covid-19 ialah pada 17 November 2019.

Berdasarkan informasi awal daripada penjajaran genom pertama virus korona yang diterbitkan oleh sebuah makmal di Shanghai pada bulan Januari dan juga beberapa analisis gemon yang lainnya, saintis telah menyimpul awal bahawa SARS-CoV-2 datangnya daripada kelawar dan telah berpindah kepada manusia melalui haiwan pada bulan November.

 

Tarikh Ini Berdasarkan Lebih Banyak Data Yang Diperoleh

Namun apabila kajian terbaharu dijalankan pada penghujung bulan lalu, para pengkaji memiliki lebih banyak data dan informasi melalui pelbagai pengakalan perkongsian.

Walaupun terdapat pelbagai variasi mutasi dan peringkat evolusi yang harus dipelajari tentang virus ini, kumpulan pengkaji ini berjaya memastikan hubungan nenek moyang mereka yang paling baru (MRCA).

Perkara ini telah memberi mereka kadar anggaran bila bermulanya krisis kesihatan global ini.

Dalam kebanyakan negara termasuk Britain, Amerika Syarikat dan Ireland, sampel kepelbagaian genetik mereka telah menunjukkan kepelbagaian global yang menunjukkan bahawa epidemik tempatan datangnya daripada pengenalan virus secara bebas.

Namun di China di mana wabak ini pertama kali dilaporkan, ia didapati terdapat pengecualian utama terhadap corak ini di mana hanya sebahagian kecil daripada kepelbagaian global boleh dijumpai.

“Kepelbagaian genomik populasi SARS-CoV-2 global yang direkapitulasi di beberapa negara menunjukkan penyebaran Covid-19 yang luas di seluruh dunia, mungkin berlaku sejak awal wabak ini berlaku,” tulis kajian tersebut.

 

Virus Ini Telah Bermutasi 80% Untuk Menyesuaikan Diri Dalam Badan Manusia

Pemerhatian para pengkaji juga telah mendapati genom virus tersebut telah melalui mutasi lebih 80% yang menyebabkan paras proteinnya berubah-ubah.

Secara khususnya, mutasi terhadap empat keadaan telah berulang sebanyak 15 kali dan ini telah menunjukkan bahawa virus tersebut mungkin sedang beradaptasi dengan hos manusia.

Ketika perdebatan tentang asal-usul jangkitan virus ini masih berterusan, terdapat lebih banyak bukti yang menunjukkan bahawa pandemik ini mungkin berlaku lebih awal dari yang dijangkakan.

Sebuah kajian di Perancis telah mendapati pesakit di negara tersebut mungkin telah muka terjangkiti virus korona pada akhir bulan Disember, sebulan lebih awal daripada mereka jangka virus tersebut tiba di benua tersebut.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close