Isu SemasaTeknologi

Airbus dan Koniku Inc Mencipta Sensor Keselamatan Biological Untuk Pesawat

Airbus dan Koniku Inc. baru-baru ini telah melakukan sesuatu yang baru di dalam operasi keselamatan pesawat dan lapangan terbang.

Teknologi terbaru telah tercipta apabila kerjasama ini telah menghasilkan sebuah sensor yang mampu mengesan kehadiran biologikal yang merbahaya.

Selepas kehadiran pandemik Covid-19, sistem keselamatan ini mampu mengesankan udara yang merbahaya seperti Covid-19 di dalam pesawat.

Ia sebenarnya dibangunkan untuk menghidu bahan letupan dan senjata kimia di dalam pesawat namun telah diubah suai untuk pengesanan yang lebih luas.

Kerjasama Airbus dan Koniku Inc ini bermula sejak 2017, namun sejak pandemik ini bermula ia telah melalui lebih banyak peningkatan oleh pakar untuk menghasilakan sensor yang boleh mengesan sebatian organik di udara.

Ujian awal sensor ini telah berjaya memberikan keputusan yang positif dan mereka telah merancang untuk melakukan ujian sebenar pada suku keempat 2020.

Airbus melihat ia bukan sahaja sesuai dipasang di dalam kabin pesawat malah sesuai diletakkan di kaunter pendaftaran masuk syarikat penerbangan.

Projek turut dilihat dapat menghalang dan memantau kluster penyebaran terbaru melalui pergerakan melalui pesawat dari berlaku.

sumber:  airbus.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close