Isu SemasaSains

Kajian Ini Telah Menemukan Kunci Mengapa Lelaki Lebih Mudah Terjangkiti Covid-19 Berbanding Wanita

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Eropah telah menemukan terdapat kunci enzim yang digunakan oleh virus Covid-19 untuk menjangkiti sel dalam badan manusia.

Enzim ini pula kadarnya adalah lebih tinggi di dalam darah lelaki berbanding wanita.

Ini kemungkinan besar adalah mengapa lelaki lebih mudah terkena jangkitan Covid-19 berbanding wanita.

Enzim Yang Terdapat Dalam Ubat Untuk Pesakit Kencing Manis, Masalah Jantung & Buah Pinggang Tetapi…

Enzim penukar-Angiotensin 2 (ACE 2) ini ditemui di jantung, buah pinggang dan organ-organ lain.

Hasil kajian yang diterbitkan di European Heart Journal juga telah menemukan ubat yang diberikan secara meluas iaitu ACE inhibitor atau penghambat reseptor angiotensin (ARB) tidak membawa kepada ACE2 yang lebih pekat dan ia juga tidak akan meningkatkan risiko Covid-19 kepada orang yang mengambilnya.

Ubat ACE inhibitor dan ARB ini selalunya diberikan kepada mereka yang mengalami kegagalan jantung kongestif, kencing manis ataupun sakit buah pinggang.

“Hasil kajian kami tidak menyokong perlunya ubatan ini dihentikan kepada pesakit Covid-19,” kata Adriaan Voors, seorang Profesor Jantung (kardiologi) di University Medical Center (UMC) Groningen, Belanda yang merupakan pengkaji bersama dalam kajian ini.

Kajian Dijalankan Di Eropah

Menurut statistik, pandemik Covid-19 ini telah mengambil nyawa lebih ramai lelaki berbanding wanita dan kaum lelaki lebih mudah terkena jangkitan serta mengalami komplikasi lebih kritikal berbanding wanita.

Analisis yang dijalankan dalam kajian ini telah diambil daripada lebih 3,500 pesakit yang mengalami masalah gagal jantung.

Darah pesakit daripada 11 negara Eropah ini telah diambil dan kepekatan ACE2 dalam sampel darah mereka diambil.

Kajian ini telah dilakukan sebelum virus korona ini menjadi pandemik. Oleh sebab itu ia juga melibatkan pesakit yang tidak mengalami Covid-19.

Penemuan ACE2 Ini Banyak Di Testis

Namun apabila kajian ini telah menemukan ACE2 sebagai kunci kepada virus korona yang terbaharu ini untuk memasuki sel tubuh, Voors dan pasukannya telah melihat ia adalah satu perkara yang penting untuk turut mengkaji perkara ini.

“Apabila kami mendapati salah satu penanda bio, ACE2 adalah lebih tinggi berbanding wanita, saya rasa penemuan ini berpotensi untuk meerangkan mengapa lebih ramai lelaki meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding wanita,” kata Iziah Sama, seorang doktor di UMC Groningen yang juga berada dalam pasukan kajian.

ACE2 merupakan reseptor di atas permukaan sel yang boleh mengikat virus korona yang baharu ini dan menyebabkan virus tersebut memasuki dan menjangkiti sel tubuh badan manusia.

Sama dan Voors juga telah mengemukakan bahawa selain daripada dijumpai di paru-paru, ACE2 ini juga telah ditemui di jantung, buah pinggang, lapisan tisu di saluran darah dan sangat tinggi di testis lelaki.

Kehadiran ACE2 di testis berkemungkinan besar menjadikan kepekatan ACE2 lebih tinggi pada lelaki sehingga menyebabkan mereka lebih terdedah kepada Covid-19.

Kajian Di India Turut Menemukan Perkara Yang Sama

Sebuah kajian di India oleh pasangan ibu dan anak, Dr Jayanthi Shastri dan Dr Aditi Shastri turut menemukan bahawa virus ini boleh berada di testis lelaki lebih lama menyebabkan mereka mengalami jangkitan tersebut lebih parah.

Penemuan yang belum diterbitkan oleh pasangan ini telah dilakukan ke atas 68 pesakit di Mumbai.

Mereka turut menemukan protein angiotensin seperti mana kajian oleh saintis Eropah dan oleh sebab testis tidak termasuk dalam sistem imunisasi tubuh manusia, virus ini boleh tinggal di situ untuk jangka waktu lebih lama.

Dalam kajian tersebut, mereka menjangkakan pesakit wanita boleh sembuh daripada virus ini dalam waktu empat hari tetapi lelaki akan mengambil masa enam hari untuk sembuh.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close