Isu SemasaSains

Saintis Menemukan Teori Baharu Hentaman Meteor Paling Dasyat Dunia Yang Tidak Meninggalkan Kawah Ataupun Serpihan

Saintis Rusia mencadangkan peristiwa misteri yang dipanggil ‘Kejadian Tunguska’ – sebuah kejadian letupan di tahun 1908 adalah akibat sebuah asteroid besi yang memasuki atmosfera dan melantun semula ke angkasa.

Menurut laporan, letupan tersebut telah menyebabkan tekanan dan kepanasan mendadak apabila asteroid tersebut telah memasuki atmosfera Bumi pada kadar 53,913 km/j. Letupan tersebut disamakan dengan 185 bom Hiroshima.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi misteri ialah tidak ada sebarang kawah yang terhasil dan sedikit bukti atau objek telah ditemui yang menyebabkan langit terbelah dua ketika itu.

 

Pelbagai Teori Telah Dikeluarkan Oleh Para Pengkaji Tentang Kejadian Misteri Ini

Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mencari jawapan terhadap misteri yang berlaku pada 30 Jun 1908 di Tunguska, Rusia.

Daripada teori UFO sehinggalah spekulasi alam gaib, kejadian misteri itu telah menyebabkan pelbagai alasan muncul tetapi kesemuanya tidak berdasarkan bukti saintifik.

Letupan asteroid ini pertama kali dicadangkan oleh Leonid Kulik pada tahun 1927 (20 tahun setelah kejadian berlaku).

Baru-baru ini saintis Rusia berkata asteroid telah memasuki Bumi dan menyebabkan sebuah letupan sehingga 80 juta pokok di kawasan seluas 2,150km2.

 

Impak Meteor Paling Dasyat Dalam Sejarah Dunia

Kejadian di pagi 30 Jun 1908 itu telah digambarkan sebagai impak meteor paling dasyat kerana ia telah menyebabkan gegaran sehingga dirasai di UK, Washington DC di Amerika, Jerman, Denmark, Croatia dan juga Indonesia!

Ekspedisi pertama oleh para Soviet ke kawasan tersebut terkejut kerana tidak menemukan sisa debu mahupun kawah di permukaan.

 

Ini Dia Teori Baharu Saintis

Teori baharu ini telah mencadangkan letupan tersebut adalah sebuah lantunan daripada impak.

Objek tersebut berkemungkinan hancur separa, 10km sebelum tiba ke permukaan dan tidak menghentamnya tetapi melantun semula ke angkasa. Lalu dalam perjalanan balik ke angkasa, ia telah kehilangan sebanyak 3 juta ton berat.

“Melalui versi ini, kami menerangkan kesan optik yang berkaitan dengan habuk yang tebal di permukaan atmosfera di atas Eropah yang menyebabkan langit di malam hari berubah terang,” kata para pengkaji dalam Notis Bulanan di Persatuan Astronomi Diraja.

Letupan dan juga gelombang gegaran itu berkemungkinan besar adalah kerana kadar yang cepat ia memasuki Bumi pada suhu plasma yang tinggi daripada angkasa.

Pengiraan telah mendapati meteor telah terbang di pusat gempa dalam masa 1 saat menyebabkan hutan panas dan terbakar.

 

Mengkaji Guna Model Matematik & Kemungkinan Komponen Asteroid Tersebut

Para pengkaji menggunakan model matematik untuk mengkaji lintasan asteroid tersebut.

Mereka juga mengambil kita tiga teori komposisi batu gergasi tersebut – sama ada ianya besi, batu ataupun ais.

Menurut Siberian Times, sehingga kini terdapat lebih 100 hipotesis tentang fenomena Tunguska.

Namun penulis bersama kajian ini, Sergei Karpov dari Siberian Federal University berkata model telah menunjukkan asteroid terkenal ini tidak mungkin terdiri daripada batu ataupun ais kerana ia akan hancur daripada tekanan aerodinamic yang kuat di atmosfera.

Jika asteroid tersebut terdiri daripada ais, ia akan kehilangan berat sebelum tiba di kawasan lantunan.

Manakala jika ia terdiri daripada besi, ia boleh menerangkan mengapa tidak ada titisan besi berlaku di pusat gempa. Ia tidak akan tiba di permukaan Bumi kerana kelajuan yang tinggi.

“Versi ini menyokong fakta bahawa ia tidak menyebabkan kawah di permukaan bumi dan serpihan,” kata Karpov.

Teori besi ini juga boleh menjelaskan efek optik yang dikaitkan dengan keadaan berdebu di lapisan atas atmosfera di bahagian Eropah yang menyebabkan kegelapan malam berubah terang di sana termasuk di Amerika.

 

Sedimen Dari Luar Bumi Telah Ditemui Di Tasik Berdekatan?

Walaupun tidak ada serpihan yang ditemui, awal tahun ini para penyelidik melaporkan terdapat sedimen berkaitan dengan letupan tersebut di Tasik Zapovednoye, kira-kira 25 batu dari pusat letupan.

Kandungan lapisan sedimen – kalium, titanium, rubidium, yttrium, dan zirkonium telah terkait dengan letupan Tunguska.

“Kami menemui lapisan berwarna terang yang membezakan di endapan Tasik Zapovednoye,” kata Dr Arthur Meidus, wakil pengarah di sebuah pusat pemuliharaan alam berdekatan, kepada Siberian Times.

“Dengan cara ini kita mengetahui lapisan sedimen mana yang mungkin mengandungi zarah-zarah yang berasal dari luar bumi,” kata Meidus.

‘Bahan kosmik’ dalam sampel sedimen dari Tasik Zapovednoye dapat membuktikan teori alternatif – bahawa meteor memang bersentuhan dengan Bumi.

 

Teori-Teori Lain Tentang Kejadian Misteri Tunguska

Teori lain termasuklah letupan gunung berapi dan juga lubang hitam yang bergeser dengan Bumi.

Pada ketika itu, orang asli di kawasan tersebut percaya bahawa Bumi diziarah oleh Tuhan Pemarah bernama Ogdy.

Beberapa tahun setelah kejadian misteri ini, salah satu saksi kejadian menulis,

“Langit terbelah dua dan ia menjadi semakin lebar sehingga keseluruhan bahagian utara dipenuhi api.

“Pada ketika itu saya terasa sangat panas sehingga tak tertahan dan merasakan pakaian saya seperti terbakar daripada arah utara di mana api tersebut datang.

“Saya mahu koyakkan pakaian dan buang tetapi tiba-tiba langit tertutup dan letupan kuat kedengaran menyebabkan saya tercapak sejauh beberapa meter.”

Show More

Related Articles

Back to top button