AntarabangsaIsu Semasa

Siasatan Antarabangsa Bebas & Adil Perlu Untuk Mengkaji Asal Usul Sebenar Covid-19

Kesatuan Eropah (EU) menyusul setelah Australia menyeru siasatan bebas mengenai respons global terhadap pandemik novel koronavirus (COVID-19), termasuk pengurusan krisis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kelmarin mereka mahu siasatan tentang asal usul penyebaran Covid-19 ini dijalankan dalam satu langkah yang disifatkan ketua dasar luarnya sebagai “berdiri di luar medan perang antara China dan AS”.

 

EU Menyokong Siasatan & Menaja Draf Resolusi

EU yang memiliki 27 ahli di dalamnya berkata mereka akan menaja bersama draf resolusi yang meminta “tinjauan bebas” dilakukan ke atas pandemik Covid-19 tersebut.

China buat masa ini tidak komited dalam siasatan ini kerana mereka rasa akan disalahkan sepenuhnya terhadap pandemik yang berlaku walaupun negara tersebut telah berkali-kali berjanji untuk menyokong WHO.

 

Amerika Ugut PBB & Tuduh Makmal Di Wuhan

Namun pada masa yang sama, AS telah mengugut untuk memyekat dana kepada badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila Donald Trump telah menuduh mereka memiliki kecenderungan untuk jadi “China-centric”.

Pihak pentadbiran Trump juga telah meningkatkan siasatan sama ada virus korona ini telah bermula di sebuah makmal di Institut Virologi Wuhan.

Namun, saintis telah berkata tidak ada bukti untuk mengaitkan makmal biosekuriti tersebut sebanyak penyebab wabak ini.

 

Rundingan EU & WHO Bakal Dilanjutkan

Rundingan bersama anggota WHO dan kumpulan serantau tentang draf resolusi EU bakal dilanjutkan minggu ini di Geneva dengan komen awal tersebut dilihat sangat positif.

“Draf resolusi tersebut diseru untuk tinjauan bebas untuk mempelajari respons kesihatan antarabangsa terhadap virus korona untuk memperkuat kesediaan keselamatan kesihatan global di masa depan,” kata Virginie Battu-Henriksson, jurucakap urusan luar negeri EU.

“Pemahaman menyeluruh mengenai epidemiologi pandemik koronavirus ini sangat penting bagi pihak berkuasa awam untuk membuat keputusan yang tepat,” tambahnya.

 

Australia Menyokong Penuh Langkah Siasatan

Langkah ini turut dipuji oleh Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.

“Apa yang lebih penting ialah tinjauan yang betul dan bebas serta harus melihat sumber-sumber ini secara telus,” kata Morrison seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post.

Penyelidikan itu akan membantu dunia menangani kemunculan virus berikutnya yang memiliki “potensi pandemik”, katanya, sambil menambahkan bahawa pakar kesihatan negaranya percaya ia berasal dari pasar basah haiwan liar di Wuhan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close