AntarabangsaIsu SemasaKesihatan

Pesakit Pertama Covid-19 Di Perancis Telah Terinfeksi Sejak Bulan Disember?

Seorang lelaki Perancis telah membuat pendedahan kepada BFMTV yang menyatakan kemungkinan dialah pesakit sifar yang terinfeksi virus korona pada Disember lepas.

Amirouche Hammar tampil setelah sebuah hospital berdekatan Paris mendedahkan bahawa mereka telah menguji sampel lama kes berkaitan selesema dan mendapati ujian untuk virus korona adalah positif pada 27 Disember.

Pekerja di sebuah pasar ikan ini tidak pernah ke China dan penemuan ini telah menunjukkan bahawa virus itu telah berada di Perancis sebelum laporan pertama dicatatkan iaitu pada 24 Januari.

Hammar, berketurunan Algeria berkata dia telah mengalami sakit dada yang teruk tetapi doktor ketika itu tidak pasti apa yang menyebabkan keadaan itu berlaku dan akhirnya mendiagnosis dirinya mendapat jangkitan paru-paru.

 

WHO Tidak Terkejut Dengan Penemuan Ini

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata perkara ini tidak mengejutkan kerana kes ini telah terjadi di bulan Disember dan berkemungkinan penemuan seperti ini akan ada.

“Ia juga adalah tidak mustahil terdapat penemuan kes lebih awal lagi,” kata jurucakap WHO, Christian Lindmeier kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.

Christian juga menggalakkan negara lain untuk memeriksa rekod untuk kes yang mempunyai simptom yang sama seperti Covid-19 sejak penghujung 2019 untuk memberi gambaran yang baru dan lebih jelas tentang wabak ini.

 

Tidak Pasti Bagaimana Pesakit Mendapat Virus Tersebut

Buat masa ini belum jelas lagi bagaimana Hammar menerima jangkitan tersebut kerana dia tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan China yang telah mengesan virus tersebut di penghujung 2019.

Namun, isteri Hammar bekerja di sebuah pasaraya berdekatan Lapangan Terbang Charles de Gaulle di mana ramai pelancong akan ke sana sebaik sahaja mereka tiba di Paris.

Doktor yang mendedahkan kes ini berkata isteri pesakit tersebut juga bekerja di sebuah pasar ikan bersama beberapa rakan kerja berketurunan China.

“Kami tertanya-tanya jika dia asimtomatik,” kata Dr Yves Cohen dan hospital Avicenne di mana Hammar mendapatkan rawatan.

 

Pesakit 100% Terjangkiti Virus Korona Pada Disember 2019 Ceritakan Pengalaman Yang Dirasai Ketika Itu

Hammar yang tinggal di Bobigny berkata Dr Cohen telah memaklumkannya beberapa hari yang lalu bahawa dirinya adalah 100% positif terjangkiti virus korona.

Pada waktu itu, simptom pesakit termasuk demam, batuk dan mengalami masalah pernafasan sama seperti simptom Covid-19.

Dia pada awalnya didapati mendapat jangkitan selesema tetapi simptomnya yang teruk telah menyebabkan dia ke hospital dan diberikan bantuan pernafasan.

“Pada jam 5 pagi saya membawa kereta dan terus ke hospital,” cerita Hammar.

 

Pakar Tidak Pasti Apa Yang Menyebabkan Dia Sesak Nafas & Sakit Dada

Dia mahu berjumpa dengan doktor serta merta kerana sesuatu yang tidak kena pada dirinya yang menyebabkan dadanya sakit sehingga sukar untuk bernafas.

Pakar perubatan ketika itu tidak dapat memastikan apa yang terjadi pada lelaki berusia 43 tahun itu tetapi mereka hanya mendiagnosis bahawa kebarangkalian dia mengalami jangkitan paru-paru dan memberi amaran bahawa jangkitan yang dialami adalah sangat serius.

Setelah beberapa hari di hospital, akhirnya Hammar dibenarkan pulang dan pulih tanpa menyedari bahawa dirinya telah terinfeksi dengan virus baharu.

 

Sampel Diuji Saintis Berkali-Kali Sebelum Memaklumkan Pesakit

China melaporkan virus baharu itu kepada WHO pada 31 Disember 2019 tetapi tidak ada kes yang disahkan berlaku di luar negara sehingga 13 Januari dan Perancis secara rasmi mendapat jangkitan tersebut pada 24 Januari 2020.

Dr. Cohen berkata saintis di dua hospital telah cuba menguji semula sampel daripada 24 pesakit dan hanya satu yang didapati positif dengan Covid-19.

Sampel tersebut juga telah diuji berkali-kali untuk memastikan tidak ada sebarang kesilapan berlaku, tambahnya.

 

Belum Pasti Hammar ‘Pesakit Zero’ Perancis Atau Tidak

Walau bagaimanapun, Dr Cohen berkata adalah terlalu awal untuk memastikan bahawa Hammar merupakan ‘pesakit zero’ Perancis.

“Dia mungkin ‘pesakit sifar’ kita tetapi mungkin terdapat juga yang lain di bahagian lain negara,” kata Dr Cohen.

“Kesemua PCR yang menunjukkan negatif untuk pneumonia perlu menjalani ujian sekali lagi. Virus itu mungkin sudah beredar ketika itu,” tambah Dr Cohen.

Olivier Bouchaud, Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit berkata virus tersebut mungkin telah tersebar secara senyap di dalam populasi tanpa sesiapa menyedari.

Oleh itu bukti bahawa terdapat infeksi awal ini adalah antara spekulasi yang pernah dibuat oleh para saintis, katanya Olivier.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close