Sukan

Jerman Negara Pertama Meneruskan Saingan Liga Bola Sepak

Akibat Covid-19, pelbagai saingan telah dibatalkan dan menjejaskan momentum pemain skuad negara.

Adakah pemain kebangsaan kita sudah bersedia untuk beraksi pada sesi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam yang seharusnya berlangsung pada 26 dan 31 Mac tetapi ditunda ke Oktober depan?

Difahamkan, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sudah mengeluarkan tarikh cadangan bagi aksi kelayakan itu pada 8 dan 13 Oktober untuk perlawanan menentang UAE di Dubai dan Vietnam di Bukit Jalil.

Manakala aksi terakhir pasukan negara dalam Kumpulan G pada 17 November di Bangkok untuk berdepan Thailand.

Cheng Hoe Optimis Harimau Malaya Okay Di ‘Medan Perang’

Bagi pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, beliau optimis situasi semasa tidak akan memberi kesan kepada pemain dengan dia percaya anak buahnya sentiasa bersedia untuk dipanggil ke ‘medan perang’.

“Kalau diikutkan dengan jadual baharu saingan liga pada September, ini bermakna pemain tiada aksi kompetitif selama enam bulan jadi sudah tentu ini akan menjejaskan pelbagai aspek seperti fizikal, psikologi dan keyakinan mereka.

“Tetapi kita perlu sentiasa positif dan walaupun ini memberi cabaran kepada kita tetapi saya yakin pemain tahu tanggungjawab masing masing,” katanya.

Terdahulu, Liga M dihentikan pada 16 Mac lalu bagi menghormati arahan kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Manakala cadangan untuk mengadakan Liga M pada bulan Jun juga tidak dibenarkan.

Penangguhan perlawanan bukan berlangsung hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

 

Kelayakan Piala Dunia 2022 Diubah?

Ketua Konfederasi Persekutuan Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF), Victor Montagliani menjangkakan kelayakan pusingan akhir tradisi CONCACAF harus diubahsuai dan menurutnya penangguhan saingan utama di dunia akibat Covid-19 kemungkinan akan menyebabkan beberapa tarikh penting bagi aksi antarabangsa menjelang Piala Dunia 2022 terganggu, ini bermakna perlawanan kelayakan juga harus diubah.

 

Bundesliga, Saingan Pertama Untuk Kembali Di Kala Pandemik Covid-19

Walau bagaimanapun, saingan Bundesliga akan menjadi antara saingan paling awal diadakan dalam arena bola sepak apabila ia akan bersambung semula pada 15 Mei ini.

Perkara ini telah disahkan oleh Liga Bolasepak Jerman (DFL) semalam selepas Canselor Angela Merkel serta pemimpin negeri memberi lampu hijau sekaligus menjadikan Jerman negara pertama di Eropah daripada lima saingan liga utama yang kembali menyambung saingan.

Namun perlawanan liga itu akan dilangsungkan tanpa penonton bagi menghalang penularan wabak Covid-19 dan dengan syarat garis panduan yang ketat harus dipatuhi termasuk pegawai kebersihan dilantik untuk setiap pasukan bagi mencegah penularan virus.

Bagi Ketua pasukan Bayern Munich dan Jerman, Manuel Neuer berkata, pemain sekarang ini ‘memiliki tanggugjawab besar’ untuk menjadi contoh serta mengikuti segala peraturan kebersihan.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close