EventsTeknologi

Apple WWDC 2020 Pertama Kali Diadakan Secara Maya dan Percuma

Kebanyakkan acara besar dunia teknologi yang dijadualkan pada sekitar bulan Mac hingga Jun 2020 telah membuat keputusan sama ada membatalkan atau menunda tarikhnya berikutan pandemik Covid-19.

Namun, buat pertama kali, Apple akan mengadakan persidangan mereka, Apple WWDC 2020 secara maya.

Persidangan yang akan berlangsung pada 22 Jun ini boleh disertai secara percuma oleh semua pembangun menerusi laman web Apple Developer atau aplikasi Apple Developer.

Apple WWDC 2020 yang memasuki tahun ke-31 ini akan memberikan peluang kepada jutaan pembangun perisian dari seluruh dunia untuk mendapatkan akses awal kepada ciri-ciri terbaru pada produk Apple seperti iOS, iPadOS, macOS, tvOS dan watchOS.

Menurut Naib Presiden Kanan Pemasaran Antarabangsa Apple, Phil Schiller, “WWDC akan menjadi persidangan terbesar kami setakat ini, membawakan komuniti pembangun global seramai lebih 23 juta orang, untuk berkumpul selama seminggu di bulan Jun, bagi mempelajari masa depan platform Apple”.

Satu cabaran buat para pelajar pembangunan untuk menunjukkan kreativiti di dalam pengkodan turut diadakan menerusi “Swift Student Challenge”.

Ia dibuka sehingga 17 Mei dan maklumat lanjut boleh diperolehi di sini.

 

sumber: Apple

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close