AntarabangsaIsu SemasaSains

Setelah Covid-19, Amerika “Diserang” Tebuan Asia

Buat pertama kali, kemunculan tebuan besar yang biasa ditemui di Asia Tenggara, China dan Taiwan telah ditemui di Blaine, Washington pada bulan Disember lalu.

Vespa mandarinia, nama saintifik tebuan tersebut boleh membesar sehingga 6.35cm dan sehingga kini ratusan tebuan telah ditemui di Washington berhampiran sempadan Kanada.

Ini telah membuat kebimbangan ke atas keselamatan masyarakat serta industri lebah, kata pegawai pertanian negeri.

 

Racunnya Boleh Buat Daging Kita Cair

“Seekor tebuan gergasi ini boleh menyengat anda beberapa kali dan menyalurkan dos racun yang besar kerana saiznya. Racunnya adalah bertoksik dan mampu menimbulkan nekrosis setempat di sekitar luka sehingga anda akan melihat daging anda cair di sekitar luka tersebut,” kata Sven-Erik Spichiger, Pengurus Entomologi di Jabatan Pertanian Washington.

“Apa yang kami fahamkan melalui kajian sebelum ini ialah orang boleh bertahan sehingga dua sengatan tetapi jika dia mengalami beberapa sengatan, nekrosis dan racun itu akan memasuki saluran darah dan merosakkan organ yang kemungkinan menyebabkan kematian,” tambah Spichiger.

Selain daripada ia mendatangkan ancaman kepada manusia, “tebuan membunuh” ini juga mengancam sektor pertanian dan juga industri lebah.

 

Boleh Mengancam Sektor Pertanian Tempatan

Ini kerana serangga sering kali serang lebah madu dengan hanya beberapa tebuan boleh menyebabkan satu sarang lebah itu terhapus dalam waktu beberapa jam.

“Sebaik sahaja tebuan ini memasuki ‘fasa penyembelihan’ dengan memenggal kepala lebah, mereka kemudian mempertahankan sarang lebah itu sebagai milik mereka dan mengambil makanan untuk diberikan kepada anak mereka sendiri,” jelas sebuah rencana di laman web Jabatan Pertanian Washington.

“Pendebungaan memainkan peranan penting dalam sektor pertanian dan sistem agrikultur yang kita miliki di sini di Amerika Syarikat. Jika keadaan ini berterusan dan mula tersebar, ia boleh menjadi bencana buruk,” tambah Spichiger.

 

Mereka Tiba Melalui Kapal Kontena?

Para saintis tidak tahu pasti bagaimana lebah ini boleh muncul di Blaine tetapi besar kemungkinan mereka tiba di negeri tersebut dari salah satu kontena kapal yang berlabuh di pelabuhan Washington.

Jika ia telah tiba secara sengaja di Amerika Syarikat, ia akan melanggar undang-undang Persekutan negara.

Akibat daripada kemunculan tebuan ini, Jabatan Pertanian Washington telah membina sebuah lam web khusus untuk orang ramai melaporkan jika terlihat serangga tersebut.

 

Amaran Untuk Mereka Yang Menemui Tebuan Gergasi

Mereka yang terjumpa sarang tebuan ini perlulah memberitahu pihak berwajib dengan kadar segera.

Namun, menurut pakar tebuan ini tidak selalunya menyasarkan manusia mahupun haiwan peliharaan tetapi ia akan serang jika terasa diancam.

“Kami tidak mahu orang awam mengambil melakukan pembasmian sarang tebuan gergasi ini secara persendirian kerana baju pelindung lebah yang biasa tidak akan melindungi anda. Sengatan tebuah ini boleh masuk 6mm ke dalam dan boleh menembusi pakaian,” kata Spichiger.

Show More

Related Articles

Back to top button