Isu SemasaTeknologi

Gerak Malaysia Kongsi Maklumat Perjalanan Antara Negeri

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan yang terbaru Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan telah menetapkan langkah baru perkongsian maklumat untuk mengumpul data.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta rakyat Malaysia untuk memuat turun aplikasi keselamatan terbaru, Gerak Malaysia.

Ia adalah aplikasi yang akan digunakan oleh Polis untuk memberikan pengesahan bagi beberapa perkara, yang memfokuskan kepada pergerakan orang ramai untuk keluar dari rumah.

Aplikasi ini juga akan digunakan oleh orang ramai membuat permohononan perjalanan antara negeri secara talian.

Permohonan boleh dilakukan melalui aplikasi berkenaan untuk perjalanan antara negeri antara 7 hingga 10 Mei 2020 ini dengan menetapkan tarikh tertentu dari negeri-negeri tersebut seperti:

  • 7 Mei 2020 – Kuala Lumpur
  • 8 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan
  • 9 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  • 10 Mei 2020 – Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu

Polis mengatakan pengguna boleh bergerak selepas melakukan permohonan mengikut jadual yang ditetapkan terutama bagi warga yang tersangkut di kampung untuk pulang ke bandar ketika PKP terdahulu.

Walaubagaimana pun ia adalah permohonan searah dan tidak boleh memohon untuk perjalanan pergi dan balik.

Aplikasi Gerak Malaysia telah pun dikemaskini kepada versi 2.0 dan pengguna boleh memuat turunnya di Google Play Store dan Apple AppStore.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close