SukanTeknologi

Bintang Tenis Sertai Kejohanan Tenis Virtual Kumpul Dana

Dunia komuniti tenis dunia berkumpul sekali lagi bagi mengumpulkan dana kebajikan melalui kejohanan tenis permainan video.

Dikenali sebagai Stay At Home Slam, ia merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh IMG Tennis dan menggunakan Mario Tenis Aces di Nintendo Switch sebagai medan perlawanan pada 3 Mei lalu.

Apa yang menjadikan ia menarik, ia disertai ramai bintang tenis dan personaliti dunia hiburan menyertai bagi menyumbangkan kebajikan melalui acara ini.

Nama-nama besar dunia tenis seperti Serena dan Venus Williams, Maria Sharapova, Naomi Osaka, Kevin Anderson, Taylor Fritz, Kei Nishikori dan Madison Keys telah menyertai johanan ini bergandingan dengan pasangan masing-masing.

Manakala juara dunia 7 kali Grand Slam, John McEnroe bertanggungjawab sebagai pengulas bersama selebriti YouTube, iJustine.

8 pasukan yang menyertai Stay At Home Slam ini adalah:

  • Senera Williams dan Gigi Hadid
  • Naomi Osaka dan Hailey Bieber
  • Venus Willams dan DeAndre Hopkins
  • Kevin Anderson dan Ryan Tannchill
  • Taylor Fritz dan Addison Rae
  • Maria Sharapova dan Karlie Kloss
  • Kei Nishikori dan Steve Aoki
  • Madison Keys dan Seal

Perlawanan akhir menyaksikan pasangan Fritz dan Rae menentang Nishikori dan Aoki di mana ia ditonton lebih 35,000 orang di laman Facebook Gaming.

Pasangan Fritz-Rae muncul juara dengan kemenangan 6-4.

Mereka menerima cek sumbangan bernilai $1 juta (RM4.3 juta) dan disalurkan ke kebajikan No Kids Hungry.

Walaubagaimanapun setiap selebriti yang menyertai telah menerima $25,000 (RM107,000) terlebih dahulu untuk menyumbang kepada kebajikan pilihan masing-masing.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close