Bisnes & Ekonomi

Ibu-Ibu Diajar Menukar Sisa Minyak Masak Menjadi Sabun Yang Boleh Dijual

Sebuah kolaborasi yang dilakukan di antara pejabat Ahli Parlimen Hulu Langat dengan Persatuan E-Skill Wanita (Pelita) dan Fakulti Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dijalankan sebanyak dua kali.

Wanita daripada golongan B40 di Beranang ini mempelajari cara-cara untuk membuat sabun daripada minyak masak terpakai.

 

Sabun Sisa Minyak Terpakai Boleh Jana Wang Sampingan

Sumber Imej: Facebook: Awan Hulu Langat

Projek ‘upcycle’ ini bermula sejak 2018 apabila mahasiswa farmasi perlu memenuhi sebuah projek elektif yang memfokuskan alam sekitar dan kelestarian alam.

Melalui hebahan di media sosial, mereka berjaya mengumpul sebanyak 100kg minyak masak terpakai yang datangnya daripada orang awam, pihak hotel dan juga restoran.

Hasil daripada sabun yang mereka buat ini telah dijual di pasar Semenyih dan pada November 2019, kerjasama di antara tiga badan ini sekali lagi telah mengadakan bengkel dan mengajar wanita untuk membuat sabun menggunakan gam guar pula.

Gam guar ini merupakan sebuah agen yang menstabil dan memekat. Kandungan sabun ini juga termasuk gliserin, lye (sodium hidroksida), dan pewangi semulajadi seperti jus pandan.

 

Wanita-Wanita Ini Turut Cuba Sendiri Buat Sabun Lain Untuk Dipasarkan

“Mereka gembira mempelajari proses pembuatan sabun ini dan ia mampu membina keyakinan diri untuk menjana pendapatan mereka sendiri walaupun ianya tidak banyak,” kata Timbalan Dekan Keusahawanan dan Kreativiti Fakulti Farmasi UKM, Dr Nor Syafinaz Yaakob.

Pengerusi Pelita, Rawiyah Zakaria berkata para peserta bengkel yang pertama telah melakukan pelbagai cuba dan uji dalam membuat sabun pencuci pinggan mangkuk. Akhirnya mereka berjaya membuatnya dan menjual di pasar.

“Jika ada usaha yang berterusan, pasti ia akan membuahkan hasil yang berguna untuk masyarakat” – Anon

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close