Isu SemasaTeknologi

Kenderaan Autonomi Mula Bantu Penghantaran Di Amerika Syarikat

Di bandar San Francisco, Amerika Syarikat, kini banyak kenderaan tanpa pemandu mula keluar dari makmal ke jalan raya bagi melakukan penghantaran barang keperluan dan ubat-ubatan.

Namun, perkhidmatan ini masih belum di sah sepenuhnya di Amerika Syarikat – ia sekadar perkhidmatan bagi mengumpul lebih banyak data untuk digunakan kelak.

Sejak pertengahan April lalu, kelihatan kereta dari unit General Motors Co’s – Cruise mempamerkan tanda “SF Covid-19 Response” di cermin hadapan ketika melakukan penghantaran makanan dari SF-Marin Food Bank dan SF New Deal ke rumah orang-orang tua.

Walaupun ia bertindak sebagai kenderaan tanpa pemandu, terdapat dua pekerja yang turut membantu dalam perkhidmatan ini sebagai pemerhati keselamatan.

“Kami tidak merancang menukar tujuan utama kami sebagai ‘ride-sharing’,” kata timbalan presiden hal elwal kerajaan di Cruise, Rob Grant.

“Apa yang saya lihat pandemik ini dapat menunjukkan kenderaan tanpa pemandu mampu digunakan di masa hadapan. Ini termasuk penghantaran tanpa sentuhan yang kami lakukan di sini.”

Syarikat Pony.ai juga turut kelihatan mengambil peluang ini melakukan perkhidmatan yang sama.

Mereka melakukan penghantaran di Irvine dari platform e-perniagaan tempatan, Yamibuy dan bekerja dengan City of Fremont untuk menghantar makanan kepada program perlindungan kecemasan tempatan.

Manakala syarikat Nuro menjadi syarikat kedua di California yang mendapat permit untuk melakukan operasi penghantaran tanpa pemandu di jalan raya.

Ia membantu menghantaran bantuan medikal ke hospital Covid-19 sementara di Sacramento dan fasiliti medikal sementara di San Mateo County.

Tiada satu dari tiga syarikat ini menjana keuntungan dari perkhidmatan mereka, tetapi mereka memperoleh maklumat dan data operasi penghantaran – menurut beberapa operator.

Turut beroperasi adalah Beep, penyedia perkhidmatan shuttle autonomi telah bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pengangkutan Jacksonville dan pembuat shuttle Navya untuk menghantar ujian Covid-19 ke Klinik Mayo di Florida.

Syarikat trak tanpa-pemandu, TuSimple turut menyediakan 40 trak autonomi untuk melakukan penghantaran makanan percuma untuk bank makanan di Texas dan Arizona menurut ketua pegawai produk, Chuck Price.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close