Sukan

Cadangan & Perlaksanaan Peraturan FIFA Akibat Covid-19

Susulan pandemik Covid-19, Jawatankuasa Perubatan FIFA memberi amaran kepada pemain yang suka meludah di atas padang sangat berpotensi untuk menyebarkan virus tersebut.

Oleh itu Pengerusi Jawatankuasa Perubatan FIFA, Michel D’Hooghe menegaskan ia perlu dihentikan.

 

Kad Kuning Kepada Pemain Yang Meludah Di Padang

“Ia adalah perbuatan yang biasa dilakukan di dalam bola sepak dan tidak bagus. Jadi apabila bola sepak bersambung semula, saya rasa kami perlu mengelak perbuatan meludah itu daripada berlaku,” ” katanya.

“Persoalannya adalah sama ada tindakan boleh dilakukan. Mungkin pengadil boleh memberikan hukuman kad kuning.

“Tindakan meludah boleh menyebarkan virus. Inilah sebabnya mengapa kami perlu berhati-hati sebelum memulakan semula aksi bola sepak,” katanya.

 

Saingan Lebih Baik Dilakukan Bermula September

Selain itu, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan kenyataan yang mencadangkan saingan liga bola sepak hanya boleh berlangsung pada 1 September.

Namun perkara tersebut bukanlah keputusan ‘veto’ untuk menghalang ahli gabungan meneruskan saingan liga masing-masing.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John sebaliknya menjelaskan saingan itu tertakluk dengan arahan kerajaan di negara masing-masing dan badan induk itu tiada masalah jika mereka mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan untuk menyambung aksi domestik.

 

Bergantung Kepada Negara Masing-Masing

“Keputusan meneruskan liga ketika ini bergantung kepada kerajaan masing-masing kerana masalah COVID-19 ini berbeza di setiap negara. Namun ini tidak bermakna FIFA menghalang ia daripada diteruskan.

“Kita pun sudah mendapat maklumat daripada beberapa negara yang mana mereka akan memulakan saingan liga antaranya China, Korea Selatan, Australia serta Thailand selepas mereka mendapat kebenaran daripada kerajaan dan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Apapun, kita juga menasihatkan setiap ahli gabungan supaya mematuhi peraturan yang dikeluarkan pihak kerajaan dan saya berpendapat kenyataan FIFA itu bukanlah satu arahan kepada ahli gabungan”, katanya.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan D’Hooge menegaskan saingan liga tidak boleh diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 1 September depan.

“Dunia masih belum bersedia untuk saingan bola sepak kompetitif. Saya harap perkara ini dapat berubah secepat mungkin, kamu perlu bersabar.

“Penyelesaian hanya akan ada sekiranya vaksin bagi wabak ini sudah ditemui,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close