Teknologi

Kandungan Last of Us II Dibocorkan, Naughty Dog Lahir Rasa Kecewa

Baru-baru ini, kecoh kandungan mengenai permainan yang ditunggu-tunggu Last of Us II dibocorkan di media sosial. Ia termasuk kandungan mengenai plot cerita, cara permainan dan beberapa klip animasi (cutscenes) yang dibocorkan.

Menambah garam di luka, beberapa peminat siri ini yang berjaya menontonnya memberikan respon yang negatif dan melahirkan rasa kecewa terhadap kandungan tersebut setelah menunggu sekian lama.

Sesetengah peminat cuba mempertahankan isu ini dengan menjangka ia adalah kandungan tiruan namun kandungan yang dibocorkan itu kelihatan sah dengan setem masa, pembangun dan informasi permainan yang tertera.

Ia bermula apabila ada pihak dari dalam pembangun itu sendiri, Naughty Dog telah membocorkan kandungan tersebut tidak jauh dari tarikh pelancaran permainan tersebut dijadualkan. Namun, tidak dapat dipastikan apakah sebab ia dibocorkan.

Pihak Naughty Dog berasa kesal dengan apa yang telah berlaku setelah sekian lama bertungkus-lumus menyiapkan permainan ini. Mereka juga sedaya upaya bersama Sony menurunkan semua kandungan tersebut dari media sosial.

Walaupun bagaimanapun, Naughty Dog berharap peminat setia Last of Us dapat bersabar dan terus menunggu pelancaran permainan ini kelak. Mereka juga memohon agar peminat ini dapat mengelak dari menonton atau mendengar kandungan bocor tersebut untuk menikmati Last of Us II sepenuhnya.

Sebelum ini, Last of Us II telah ditunda dari 29 Mei ke 19 Jun berikutan bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19 dan mungkin juga disebabkan isu ini.

*Kemaskini 1 Mei 2020:

Wakil dari Sony telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah mengenalpasti identiti si pelaku dan tiada maklumat terperinci didedah kerana siasatan sedang dijalankan. Namun, mengikut penjelasan mereka si pelaku tiada kaitan dengan Naughty Dog dan juga Sony Interactive Entertainment.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close