AntarabangsaIsu Semasa

UFO Benar-Benar Ada? Pentagon Secara Rasmi Mengeluarkan Video ‘UFO’!

Mungkin pengamat dan peminat kejadian misteri di dunia pernah melihat video UFO yang satu ini beberapa tahun yang lalu.

Namun kini Pentagon, ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah mengeluarkan tiga video pendek secara rasmi yang menunjukkan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) yang sebelum ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat peribadi.

Video-video itu memperlihatkan sebuah UFO bergerak secara pantas dan ditangkap kamera infra merah.

 

Video Diambil Oleh Juruterbang Tentera Laut

Dua daripada tiga video tersebut mempunyai suara pegawai khidmat awam bereaksi setelah melihat sebuah objek bergerak tersebut dengan satu daripada mereka membuat spekulasi bahawa ia mungkin sebuah dron.

Pihak Tentera Laut sebelum ini mengakui kebenaran video tersebut pada bulan September tahun lalu dan akhirnya mereka secara rasmi mengeluarkan video tersebut untuk membersihkan salah tanggapan masyarakat tentang rakaman yang telah diedarkan sama ada benar atau tidak dan juga sama ada terdapat lebih banyak video seperti itu atau tidak.

“Setelah mengkaji dengan lebih mendalam, pihak jabatan telah menetapkan bahawa pengedaran video yang tidak diklasifikasikan secara sah ini tidak mengandungi keupayaan atau sistem yang sensitif,” kata jurucakap Pentagon, Sue Gough.

Pihak Tentera Laut kini memiliki garis panduan rasmi bagaimana juruterbang mereka boleh melaporkan sesuatu yang mereka percaya tidak pernah dilihat (UFO).

 

Video Rakaman Dari Tahun 2017

Video rakaman oleh pihak Tentera Laut ini yang pertama telah dikeluarkan di antara bulan Disember 2017 dan Mac 2018 oleh Akademi Seni & Sains To The Star, sebuah syarikat yang diasaskan bersama oleh mantan pemuzik Blink-182, Tom DeLonge yang juga mengkaji informasi tentang fenomena objek di udara yang tidak dikenali.

Pada tahun 2017, seorang juruterbang melihat sebuah objek yang tidak dikenali pada tahun 2004 telah memberitahu CNN bahawa objek tersebut bergerak pada kadar yang dirinya tidak boleh terangkan.

“Apabila saya mendekatinya.. ia bergerak dengan lebih pantas ke arah selatan dan menghilang kurang dari dua saat,” jelas Juruterbang tentera laut bersara Amerika Syarikat, David Fravor.

“Ia adalah sangat tiba-tiba seperti sebuah bola ping pong yang melantun pada dinding. Ia akan melanggar dan beredar ke arah berlainan.”

 

Program Sulit Pentagon Untuk Kejadian Seperti Ini

Pihak Pentagon sebelum ini telah melakukan kajian terhadap rakaman-rakaman tersebut dalam sebuah program sulit yang dilancarkan oleh bekas Sen. Harry Reid.

Menurut Pentagon, program ini telah dilancarkan pada tahun 2007 dan berakhir pada 2012 kerana mereka merasakan terdapat perkara yang lebih penting dan memerlukan dana.

Walau bagaimanapun, Luis Elizondo, bekas ketua program sulit tersebut berkata kepada CNN pada tahun 2017 bahawa dia secara peribadi percaya terdapat pelbagai bukti menarik yang menunjukkan kita tidak bersendirian.

“Kapal terbang ini – kami akan rujuknya sebagai kapal terbang menunjukkan ciri yang tidak ada dalam inventori Amerika Syarikat mahupun dari negara luar yang kami tahu,” kata Elizondo yang mengkaji objek-objek tersebut.

Elizondo telah meletak jawatan dari Pejabat Pertahanan pada tahun 2017 sebagai bantahan terhadap rahsia yang menyelimuti program tersebut dan juga bantahan dalaman yang mendanai program itu.

 

Gembira Akhirnya Pentagon Mengatakan Video Adalah Sahih Tetapi..

Reid telah menulis ciapan pada hari Isnin yang lalu bahawa dia gembira bahawa Pentagon akhirnya mengeluarkan video-video tersebut tetapi menyatakan ia hanya sekadar ‘kesan calar di permukaan’ kajian serta bahan yang ada.

Amerika Syarikat perlu memandang ini perkara serius dan melihatnya secara saintifik dan potensi implikasi terhadap keselamatan kebangsaan.

Terdapat juga beberapa ahli Kongres yang masih berminat dengan isu ini dan senator telah menerima taklimat sulit dari pihak tentera Laut tentang penemuan objek tidak dikenali pada musim panas tahun lalu.

“Jika juruterbang Oceana atau tempat lain melaporkan penerbangan dalam bahaya mengganggu latihan atau membuat mereka berdepan dengan risiko, Senator Warner mahukan jawapan tentangnya.

“Ia tidak kira sama ia berkaitan cuaca belon, lelaki kecil hijau atau apa sekali pun, kita tidak boleh meletakkan risiko yang sia-sia ke atas juruterbang kita,” kata jurucakap Demokratik Virginia Sen. Mark Warner, Rachel Cohen kepada CNN.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close