Isu SemasaTeknologi

Teknologi Pembersihan Di Lapangan Terbang Hong Kong Dipertingkatkan

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong (AA) kini telah menggunakan beberapa teknologi nyahkuman terbaru termasuk saluran nyahkuman sepenuh badan dan robot pembersih di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.

Menerut kenyataan AA, saluran nyahkuman yang diperkenalkan adalah menyerupai sebuah pondok telefon berpintu di mana pengguna akan dinyahkuman dan sanitasi dalam 40 saat.

“Permukaan dalaman kemudahan ini dilengkapi dengan lapisan anti-mikroba yang dapat membunuh virus dan bakteria dari jarak jauh pada tubuh dan pakaian manusia dengan menggunakan teknologi fotokatalis dan ‘jarum nano'”, jelas AA, sambil menyatakan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong adalah lapangan terbang yang pertama di dunia untuk menggunakan kemudahan itu.

Buat masa ini, saluran tersebut digunakan oleh penjawat awam kesihatan yang bertugas ketika tempoh kuarantin di lapangan terbang.

Robot pembersih autonomous juga dilihat digunakan untuk melakukan kerja pembersihan yang lebih menyeluruh membasmi kuman di kawasan awam dan kemudahan pengguna di situ.

Robot berbentuk silinder ini dilengkapi pensterilan ultra ungu dan pensterilan udara diletakkan tandas awam dan kawasan operasi utama terminal dan mampu beroperasi sepanjang masa.

Ia juga akan bergerak secara automatik mensterilkan sehingga 99.99% bakteria di kawasan laluannya, termasuk udara dan objek dalam masa 10 minit.

Selain itu, AA juga kini sedang menjalankan pandu uji penggunaan lapisan anti-mikroba kepada semua kemudahan penumpang termasuk kaunter masuk, troli bagasi, butang lif dan lain-lain.

Lepas tamat ujian ini pada Mei, AA akan mempertimbangkan untuk terus menggunakannya untuk terma jangka panjang sebagai langkah penyahkuman.

AA akan terus memastikan lapangan terbang ini sebagai kawasan yang selamat untuk semua dan terus melihat kepada langkah-langkah baru untuk meningkatkan kerja pembersihan dan pembasmian kuman – kata Timbalan Pengarah, Servis Penghantaran AA, Steven Yiu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close