KesihatanSukan

Pakar: Olimpik Tokyo Mungkin Sukar Dilaksanakan Jika Tidak Ada Ini

Ia mungkin sukar untuk Tokyo menjadi tuan rumah Olimpik tahun hadapan kecuali terdapat vaksin yang efektif untuk menangani viruskorona kata ketua Persatuan Perubatan Jepun (JMA).

“Saya tidak mengatakan bahawa Jepun boleh atau tidak menjadi tuan rumah Olimpik tetapi ia adalah sukar untuk melakukannya,” kata Presiden JMA, Yoshitake Yokokura.

 

Tidak Pasti Kadar Jangkitan Covid-19 Di Jepun Menurun Atau Tidak

Yokokura juga menyarankan untuk Jepun meningkatkan pemeriksaan ke atas Covid-19 yang tidak dilakukan secara menyeluruh untuk mengetahui sama ada kadar jangkitan di dalam negara itu sudah pun menurun atau sebaliknya.

Beliau juga berkata kekurangan pakaian perlindungan telah menyebabkan virus tersebut mula tersebar di hospital.

Penangguhan setahun Olimpik Tokyo 2020 telah pun diumumkan bulan lalu dan ia telah memberi impak yang mendalam kepada Jepun kerana telah menghabiskan $13bilion untuk membuat persiapan acara tersebut.

 

WHO Turut Berkata ‘Jauh Lagi Perjalanan’ Perang Covid-19

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa pandemik virus korona ini adalah “jauh dari selesai” dan ia masih mengganggu perkhidmatan kesihatan normal terutamanya dalam memastikan imunisasi kanak-kanak di negara berpendapatan rendah.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus SumberImej: REUTERS

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini telah melahirkan kerisauan apabila bilangan kes dan kematian semakin meningkat di Afrika, Eropah Timur, Amerika Latin dan beberapa negara di Asia walaupun bilangannya telah menurun di beberapa negara yang lebih maju.

“Kita mempunyai jalan yang panjang di hadapan kita dan juga pelbagai kerja harus dilakukan,” kata Tedros dalam sebuah persidangan media virtual di Geneva sambil menambah gelombang kedua jangkitan boleh dibendung dengan tindakan yang sewajarnya.

 

WHO: Jangan Abaikan Vaksin Kanak-Kanak

“Kanak-kanak mungkin tidak mempunyai risiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19 ini tetapi mereka mempunyai risiko tinggi ke atas penyakit lain yang boleh ditegah melalui suntikan vaksin,” kata Tedros yang memaklumkan sebanyak 13 juta orang di dunia telah terjejas akibat penangguhan mendapatkan suntikan imunisasi terhadap penyakit seperti polio, kolera, demam campak, demam kuning dan meningitis.

Pakar kecemasan WHO, Dr Mike Ryan juga menzahirkan rasa khuwatirnya untuk negara yang mengambil tindakan mengurangkan kawalan terlalu awal.

Tags
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
Close