Bisnes & Ekonomi

Selain Memberi Makanan Percuma Untuk Golongan Memerlukan, Kechara Soup Kitchen Turut Mengadakan Program Ini

Bagi yang sering mengikuti perkembangan NGO yang membuat amal kebajikan dengan memberi makanan percuma kepada gelandangan serta orang memerlukan di sekitar bandar Kuala Lumpur, pasti pernah dengar tentang Kechara Soup Kitchen.

Namun mereka sebenarnya bukan hanya memberi makanan kepada mereka yang memerlukan tetapi mereka juga akan bantu membantu ibu tunggal atau ibu dari golongan memerlukan ini memperoleh wang sampingan dengan menukar baju terpakai kepada beg dan juga tikar kecil.

 

Mencari Solusi Untuk Menghasilkan Sesuatu Yang Berguna

“Ia bermula pada 2017. Kami sedar kami perlu lakukan sesuatu dengan pakaian tidak terpakai yang orang tinggalkan kerana merasakan ia adalah satu pembaziran jika dibuang begitu sahaja.

“Oleh itu kami melihat komuniti para penerima makanan kami yang selalunya terdiri daripada ibu tunggal atau suri rumah yang tinggal di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang memerlukan wang tambahan untuk menambah pendapatan keluarga,” kata Justin Cheah, Pengarah Operasi Kechara Soup Kitchen.

Solusi Kechara ialah dengan melakukan program pemerkasaan untuk membantu wanita yang kurang bernasib baik yang juga isteri kepada suami yang berpendapatan rendah untuk membina kehidupan yang lebih mapan.

 

Kechara Menghantar Bahan Kepada Mereka Untuk “Upcycle”

Sukarelawan Kechara akan menghantar kepada rumah mereka pakaian yang tidak digunakan lagi untuk para wanita ini menukarkannya menjadi sesuatu yang berguna dan membolehkan mereka menjana wang.

Namun Cheah berkata sukarelawan tersebut akan memastikan para wanita ini mahu menjahit dan terbabit dalam program ini.

Terdapat juga masalah lain iaitu wanita-wanita ini tidak mempunyai rangkaian untuk menjual hasil kerja tangan mereka sendiri.

Antara beg hasil tangan ibu. Sumber Imej: kechara.com

Oleh sebab itu sebaik sahaja mereka selesai menjahit produk tersebut, ia akan diberikan kepada bahagian kawalan kualiti dan Kechara akan membeli produk mereka dan menjualnya di bazar bulanan yang mereka sering adakan.

Menurut Cheah, ibu-ibu tersebut bermula dengan menenun permaidani dan tikar daripada T-shirt terpakai sebelum Kechara memberi mereka mesin menjahit.

 

Bukan Hanya Di Ibu Kota

Selain di Kuala Lumpur, Kechara turut melakukan projek ini di Pulau Pinang dan Taman Molek, Johor Bahru.

Sejak itu Doubletree by Hilton Johor Bahru telah berkolaborasi dengan mereka dalam sebuah program “Linens for Life”.

Program ‘Linens For Life’ oleh DoubleTree Hilton di Johor Bahru yang berkolaborasi dengan Kechara Soup Kitchen untuk program ‘upcycle’ dan membantu masyarakat setempat. Sumber Imej: luxesocietyasia.com

Tujuan utama progam ini ialah untuk membantu masyarakat tempatan dengan “upcycle” kain linen hotel dengan tiga objektif utama iaitu:

1. memberi usaha bantuan bencana segera
2. memberi peluang lebih baik kepada masyarakat setempat dengan mengitar semula
3. bantu pihak hotel mengurangkan pembaziran/buangan.

Cheah berkata rancangan pada masa terdekat mereka ialah untuk mewujudkan rangkaian atau kedai atas talian untuk membantu para ibu ini menjual hasil kerja tangan mereka sendiri.

Show More

Related Articles

Back to top button