AntarabangsaIsu SemasaSains

7 Negara Yang Mahu Bekerjasama Dengan Malaysia Menangani Covid-19

Kerjasama antara pelbagai dunia dalam menangani Covid-19 menunjukkan betapa perlunya sifat saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Antara beberapa negara yang membantu, menyediakan dan melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menangani wabak ini ialah:-

1. Korea Selatan

Korea Selatan memiliki kit ujian pengesanan antigen yang mempunyai ketepatan hampir 100 peratus dalam mengesan jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini Wisma Putra sedang membantu untuk menyegerakan proses pembelian dan penghantaran kit ujian berkenaan masuk ke negara ini.

Proses kerajaan kepada kerajaan diperlukan dalam urusan pembelian tersebut kerana menurut Datuk Dr Noor Hisham, permintaan untuk mendapatkan kit tersebut adalah sangat tinggi.

Menurutnya lagi, kit ujian bernama Standard Q Bio-Censor itu mempunyai keupayaan 84.4 peratus untuk mengesan wabak berkenaan.

 

2. Rusia

Pada hari 21 April 2020 yang lalu, tiga kementerian Kementerian Luar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bekerjasama untuk memastikan Malaysia mengambil langkah proaktif dalam mendapatkan vaksin bagi pandemik COVID-19.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Russia bersetuju memperkasa kerjasama berhubung COVID-19 dengan Malaysia.

“Pihak Rusia bersedia berkongsi pakar dan orang berpengalaman di dalam negaranya dan kami akan menggunakan Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia untuk Kerjasama Ekonomi, Ilmiah, Teknikal, dan Budaya sebagai landasan untuk membentuk kolaborasi bersama mereka,” kata Khairy.

Saintis di sebuah makmal di Singapura. Sumber Imej: Reuters.

 

3. Singapura

Selain daripada Rusia, menurut Khairy Singapura juga telah menyuarakan minat mereka dalam bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghasilkan Peralatan Kajian Bioteknologi.

4. Turki

Seperti Rusia, Khairy Jamaluddin berkata mereka juga telah menunjukkan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia berhubung Covid-19.

 

5. Bosnia

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Bosnia bersetuju untuk membekalkan Hydroxychloroquine.

Menurutnya lagi, Bosnia bersetuju untuk membekalkan kepada Malaysia ubat tersebut walaupun terdapat permintaan tinggi daripada negara-negara lain ialah kerana mereka menghargai Malaysia yang telah menyumbangkan topeng muka ke negara mereka.

“Kerana hubungan kita bersama Bosnia adalah sangat rapat, mereka telah memutuskan untuk memberi kami keutamaan dalam membekalkan Hydroxychloroquine,” kata Datuk Seri Hishammuddin.

 

6. India

Memandangkan India telah menarik balik separuh sekatan untuk mengeksport ubat anti-malaria itu, mereka telah bersetuju untuk menjualnya kepada Malaysia untuk merawat pesakit Covid-19.

India merupakan pengeluar Hydroxychloroquine terbesar di dunia dan penjualan ubat tersebut telah meningkat terutamanya setelah Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa ubat tersebut mampu menumpaskan Covid-19.

Pada 14 April, India akhirnya memberi kebenaran kepada Malaysia untuk mengimport 89,100 tablet Hydroxychloroquine setelah melarang eksport ubat tersebut pada bulan Mac untuk memastikan ubat tersebut cukup untuk kegunaan dalam negara sendiri.

Menurut Reuters, Malaysia menggunakan ubat Hydroxychloroquine untuk merawat pesakit yang mengalami gejala sederhana hingga parah Covid-19 dengan ubatan yang lain.

Menurut sumber, Malaysia meminta India untuk membekalkan tambahan lebih 1 juta tablet Hydroxychloroquine tetapi jumlah yang diberikan oleh pihak India masih belum dikenalpasti kerana mereka turut membekalkannya kepada negara yang kurang membangun seperti Afrika.

Namun menurut Datuk Seri Hishammuddin, India telah memberi kelulusan eksport bahan berkenaan kepada Malaysia.

 

7. China

Khairy berkata, ketika ini MOSTI sedang mempromosi keupayaan penyelidikan klinikal negara seperti di Clinical Research Malaysia (CRM) di bawah KKM dengan kerjasama syarikat farmasi dan organisasi multinasional bagi menarik penyelidikan baharu yang ditaja ke negara ini.

MOSTI turut bercadang mengadakan kerjasama dengan Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Kuala Lumpur bagi menghasilkan ujian klinikal vaksin COVID-19.

“Sebuah universiti di China telah menunjukkan minat untuk menjadi rakan kongsi strategik kementerian untuk membangunkan vaksin Covid-19 melalui kajian klinikal.

“Ujian klinikal tersebut dijangka akan bermula di akhir bulan April ini di Malaysia,” katanya yang berkata Malaysia adalah negara yang sesuai untuk terlibat dalam proses percubaan manusia kerana kita adalah negara berbilang kaum yang terdiri daripada semua sifat Covid-19 (A, B dan C).

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close