AntarabangsaIsu Semasa

Manusia Berkurung Di Rumah, Haiwan Takluk Jalanan

Negara Australia sangat terkenal dengan haiwan kanggarunya. Namun ia jarang ditemui di kawasan tumpuan manusia.

Walau bagaimanapun sejak Australia juga memperkenalkan Perintah Kawalah Pergerakan (PKP), bandar Adelaide telah dilawati seekor kanggaru.

Haiwan itu dilihat melompat-lompat di bandar yang kini lenggang selepas masyarakat setempat hanya berada di rumah sepanjang masa.

Perkongsian tersebut dimuat naik di akaun Twitter ABC News berdurasi 50 saat sebelum tular di laman sosial.

/p>

Suasana itu jarang sekali dilihat, namun dalam keadaan ketika wabak koronavirus (Covid-19), netizen beranggapan ketiadaan orang ramai di bandar menarik perhatian haiwan itu untuk datang memenuhi kawasan berkenaan.

 

Singa Afrika ‘Lepak’ Di Tepi Jalan

Di Afrika Selatan pula penduduk yang menjalani perintah berkurung menyebabkan bandar dan jalan yang kosong.

Namun apa yang keluar dan mengambil tempat manusia di jalan raya ialah beberapa ekor singa sehingga mereka berbaring dengan selesa di atas jalan raya.

Menurut portal CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan memaparkan sekumpulan singa itu juga langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar.

Twitter rasmi Kruger National Park berkata, singa berkenaan biasanya tinggal di Taman Kontrak Kempiana, iaitu kawasan yang tidak dapat dilihat pelancong.

“Petang ini mereka berbaring di jalan tar luar Kem Orpen Rest,” katanya.

Jurucakap taman tersebut, Isaac Phaahla berkata, singa berkenaan biasanya tidak akan baring di atas jalan kerana akan ada kereta yang melintas dan mereka akan berlari ke semak-samun.

“Mereka hanya menikmati tempat-tempat yang biasanya dipenuhi dengan pelancong,” tambahnya lagi.

Dia juga berpesan kepada orang ramai agar berwaspada dengan kawasan tersebut kerana ia merupakan kawasan yang sangat liar dan hidupan liar akan lebih aktif tanpa kehadiran manusia.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close