Isu SemasaTeknologi

Nintendo Switch Catat Penjualan Tertinggi Dalam Tempoh #StayAtHome

Syarikat permainan video Nintendo mencatatkan dua kali ganda jumlah penjualan konsol permainan mereka, Nintendo Switch dalam tempoh #StayAtHome ini.

Di Amerika Syarikat sahaja, Nintendo Switch mencatat dua kali ganda penjualannya pada Mac 2020 berbanding Mac 2019 menurut data laporan The NPD Group.

Ia sekaligus mencatat penjualan terbaik konsol tersebut untuk bulan Mac mengatasi bulan Mac yang lain sejak ia dilancarkan pada Mac 2017.

Penjualan ini meningkat berikutan orang ramai mula bertukar bermain permainan video sebagai alternatif hiburan sebagai menjalani perintah duduk di rumah akibat pandemik COVID-19.

Angka tersebut digandakan lagi apabila Nintendo turut melancarkan permainan terbaru eksklusif dari mereka – Animal Crossing: New Horizons yang ditunggu-tunggu sejak tahun lepas.

Mengikut laporan NPD juga, Animal Crossing telah menjadi permainan video paling laris di dalam bulan Mac ini dan turut menjadi permainan video kedua terlaris untuk 2020 setakat ini.

Permainan tersebut juga menerima penerimaan yang sangat positif di Jepun dengan terjual sebanyak 1.8 juta unit hanya pada 3 hari pertama perlancaran di pasaran.

Manakala konsol Nintendo Switch juga telah mengatasi rekod penjualan Wii di negara itu menurut laporan Famitsu.

Penjualan Nintendo Switch dengan ‘bundle khas’ Animal Crossing dan juga konsol versi mampu milik Nintendo Switch Lite dijangka akan menjana lebih banyak keuntungan kepada Nintendo dalam 3 bulan yang akan datang terutama di Amerika Syarikat.

Nintendo pernah menutup pratempahan konsol Switch pada awal Mac lalu berikutan tidak mampu memenuhi tempahan yang sedia ada.

Selain Nintendo, pandemik COVID-19 ini juga melihat peningkatan penjualan pada konsol-konsol lain seperti PlayStation 4 dan Xbox One di AS.

Show More

Related Articles

Back to top button