Gaya HidupPercutian

Jelajah Malaysia: Keindahan Tersembunyi Di Negeri Johor

Bagi yang tidak sabar untuk menjelajah tempat baharu setelah berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, apa kata anda ke Johor untuk melihat sejarah, budaya dan warisan menarik di negeri tersebut.

 

Melawat Makam Sultan Mahmud Shah II

Kampung Makam di Kota Tinggi berpotensi untuk menarik pada pelancong datang ke perkampungan mereka kerana terdapat makam orang ternama satu ketika dahulu di situ.

Ia termasuk makam Sultan Mahmud Shah II, ketua kerajaan terakhir Johor yang merupakan keturunan Kesultanan Melayu Melaka.

Kota Tinggi yang juga dikenali sebagai Johor Lama ini memiliki pelbagai tempat bersejarah yang menarik.

 

Hutan Buluh Yang Indah

Menurut Marlin Md Noor, seorang blogger percutian yang berpangkalan di Johor berkata Kampung Putuo yang terletak 10km dari bandar Kulai adalah tempat yang menarik dikunjungi tetapi tidak dikenali ramai.

Hutan Buluh di Kampung Putuo yang menarik pengunjung untuk bergambar di sini. Sumber Imej: thestar.com.my

“Perkara yang paling menarik tentang kampung ini ialah ia memiliki hutan buluh yang memiliki aura ketenangan dan sangat cantik untuk mengambil gambar,” kata Marlin.

Menurutnya lagi, terdapat sebuah kafe di kampung tersebut di mana pelancong boleh berehat dan menikmati pemandangan hutan buluh tersebut.

Untuk tempat-tempat menarik yang lain di Johor, tontonlah video di ToodiaTivi untuk ketahui lebih lanjut.

 

Sumber Imej Terencana: Johor Foodie

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close