Isu SemasaTeknologi

Ferrari Juga Turut Membantu Memerangi COVID-19 Dengan Penghasilan Peralatan Respirator

Jenama automobil tersohor, Ferrari kini turut menyalur bantuan dan membantu dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

Terbaru syarikat automobil ini telah memulakan penghasilan injap respirator dan peralatan untuk pelindung muka di kilang mereka di Maranello, Itali.

Ferrari juga pernah dilaporkan telah memberi beberapa jenis bantuan kepada kerajaan Itali yang pada suatu ketika negara itu mencatat rekod COVID-19 yang paling teruk di dunia.

Antara bantuan yang diberikan berupa dana sebanyak EUR10 juta kepada kerajaan, membekalkan 150 alat bantuan pernafasan serta menyediakan kenderaan untuk Red Cross Itali.

Syarikat ini telah menggunakan kilang penghasilan mereka di Maranello yang digunakan untuk menghasilkan prototaip kereta – kini digunakan untuk menghasilkan protaip injap respirator dan peralatan untuk pelindung muka.

Sebahagian peralatan telah dihasilkan oleh Mares, penghasil peralatan menyelam, di mana ia dihasilkan khusus dan muat untuk kegunaan topeng-topeng dihasilkan.

Sebahagian lagi komponen topeng tersebut dihasilkan oleh sebuah syarikat Solid Energy, yang akan menukar topel snorkel Decathlon kepada pelindung kesihatan untuk pekerja kesihatan mencegah dari terkena jangkitan.

Dalam masa beberapa hari akan datang, Ferrari telah merancang untuk menghasilkan beberapa ratus peralatan yang sedia diedarkan melalui beberapa syarikat yang terlibat mengikut garis panduan ke beberapa hospital di Itali seperti Bergamo, Genoa, Modena, dan Sassulo serta kepada pekerja kesihatan yang bekerja di bandar Medicina berdekatan Bologna,” jelas Ferrari melalui satu kenyataan.

Operasi pasukan F1 Ferrari kini sedang direhatkan berikutan perjanjian bersama persatuan FIA untuk menghentikan buat sementara semua perlumbaan F1, akibat pandemik COVID-19.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close