Isu SemasaTeknologi

Para P-Hailing Wajib Daftar MySejahtera Bantu Tingkat Informasi

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan terbaru buat ‘P-Hailing’ menerusi aplikasi MySejahtera.

P-Hailing atau singkatan kepada ‘parcel hailing’ merupakan satu perkhidmatan penghantaran makanan atau bungkusan menggunakan motosikal.

Aplikasi MySejahtera adalah satu inisiatif kerajaan bagi memberi dan mendapatkan maklumat serta info terkini berkaitan pandemik Covid-19 di Malaysia secara sah dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Menggunakan aplikasi ini, orang ramai dapat melakukan beberapa perkara seperti penilaian kesihatan keluaraga terhadap risiko wabak, mendapatkan panduan kesihatan terkini, serta mengetahui maklumat terkini yang sahih dan informasi berkaitan fasiliti kesihatan yang berhampiran.

Buat para P-Hailing, melalui aplikasi MySejahtera ini sejumlah perkara akan dikongsikan, termasuk waktu operasi yang terhad dari jam 8 pagi ke 8 malam, selain terhad penghantaran jenis barangan mengikut zon yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Pada garis panduan sama, ia juga dinyatakan yang mana kesemua penunggang P-Hailing diwajibkan untuk memuat-turun dan mendaftar di aplikasi MySejahtera, serta perlu menunjukkan bukti pendaftaran kepada pihak penguatkuasa.

Kerajaan mahu menggunakan aplikasi ini sebagai medium perkongsian informasi kepada semua warga Malaysia supaya lebih peka dan memberi perhatian lebih kepada persekitaran agar rantai penularan wabak ini dapat dihentikan secepat mungkin.

Kepada semua rakyat Malaysia terutama para P-Hailing, anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di Google Play Store untuk pengguna Android dan Apple Store untuk pengguna iPhone.

 

sumber: Bernama

Tags
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
Close