Isu SemasaTempatan

Hampir RM45K Setahun Ditanggung Kerajaan Untuk Tuala Wanita Di Penjara Tetapi ‘Projek Wanita Emas’ Bakal Mengubahnya

Setiap wanita apabila sudah capai akil baligh akan mengalami kitar haid dan harus menggunakan tuala wanita.

Perkara ini juga tidak terlepas untuk para wanita yang berada dalam tahanan di Jabatan Penjara Malaysia dengan setiap tahanan akan menerima tiga keping tuala wanita pada satu-satu masa dan permohonan untuknya harus direkodkan dalam sebuah buku berdaftar.

 

Menghasilakan tuala wanita kurang separuh dari harga biasa

Manakala kos yang dianggarkan mencecah RM44,748 setahun untuk 4,577 tahanan wanita pula ditanggung oleh pihak kerajaan.

Oleh sebab itu, Kelab Rotari cuba membantu dengan bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia bagi menghasilkan tuala wanita terbiodegradasi pada harga yang jauh lebih murah.

Menurut TheStar, tuala wanita selalunya berharga 50 sen sekeping tetapi melalui projek ini, ia boleh dihasilkan kurang daripada 20 sen sekeping.

 

Inspirasi Projek Wanita Emas

Projek yang dipanggil “Projek Wanita Emas” ini telah melihat sebuah bengkel dibina di Penjara Wanita Kajang (PWK) yang bermula November 2019.

Melalui projek ini, 170 keping tuala wanita pelbagai variasi dihasilkan sehari.

Idea projek ini terhasil setelah ahli Kelab Rotari berkunjung ke Bangalore di Karnataka, India untuk melihat sebuah perniagaan sosial dari Coimbatore di Tamil Nadu, India yang diasaskan oleh Arunachalam Muruganantham.

Sumber Imej: Asli

Menurut Kelab Rotari Bangalore, tuala wanita itu dihasilkan dengan harga satu pertiga harga kos yang biasa.

Wakil Kelab Rotari diizinkan mengunjungi kilang Arunachalam dengan persetujuan bahawa mereka hanya boleh mempelajari cara pembuatan tersebut sekiranya ilmu itu digunakan untuk perkhidmatan dan bukan untuk perniagaan yang mengaut keuntungan.

“Kami perlu menulis surat rasmi dan menyatakan tujuan keinginan tersebut. Setelah kami pulang, kami mengemukakan idea tersebut ke Jabatan Penjara dan mereka menyambut baik usaha itu,” kata Usha Gopalan, Presiden Kelab Rotari Petaling Jaya.

 

Penajaan Mesin Serta Bahan Mentah

Kelab Rotari juga menaja mesin untuk melengkapkan bengkel di PWK beserta bahan mentah yang dianggarkan bernilai RM21,000.

“Kami akan meneruskan pemberian bahan mentah seperti pulpa kertas, fail polyethylene, gam dan kertas bukan tenun kepada pihak penjara untuk masa setahun.

“Kami mahukan projek ini berterusan dan kami akan memperlihatkan situasi serta mengambil data yang sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk tindakan lanjut,” kata Usha yang berkata ia adalah terlalu awal untuk mengatakan projek ini berjaya atau tidak.

 

Hasil Perniagaan Bantu Balik Program Di Penjara

Di PWK, para tahanan di situ turut menghasilkan beberapa produk sejuk beku seperti karipap, donut, cucur badak dan biskut di bawah jenama My Pride.

Sumber Imej: says

Menurut ACP Lim Kim Mooi, pihak Jabatan Penjara telah mencatatkan hasil perniagaan RM100,000 daripada jualan makanan sejuk beku mereka pada tahun lalu.

Wang yang dikumpulkan itu setengahnya dimasukkan ke dalam tabung amanah kerajaan untuk program vokasional di pusat pemulihan manakala lebihannya diberi kepada tahanan yang bekerja di bengkel.

ACP Supri Hashim, pemangku ketua bahagian dasar Jabatan Penjara berkata bengkel yang dibina oleh pihak penjara bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan tetapi ia adalah untuk rehabilitasi dan latihan vokasional bagi para tahanan.

“Apabila tahanan diberi latihan dan rehabilitasi, kemungkinan untuk mereka kembali ke penjara lagi akan berkurang,” jelas ACP Supri.

Show More

Related Articles

Back to top button