Bisnes & Ekonomi

Kapal Pelayaran Yang Pernah Dibiayai Secara Rahsia Oleh Jabatan Pertahanan Amerika Mahu Dijadikan Airbnb

Sewaktu Scott Rechler dalam proses perundingan untuk membina penyewaan Airbnb di sebuah bangunan pejabat Manhattan, beliau mendapat inspirasi untuk menjadikan sebuah kawasan pembinaan yang tidak konvensional menjadi penginapan untuk disewa.. iaitu sebuah kapal pelayaran!

Rechler yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif RXR Realty juga sudah mempunyai kapal pelayarannya sendiri dalam fikirannya.

 

Kapal Pelayaran Memiliki Sejarah Tersendiri

Ia adalah SS United States! Sebuah kapal yang bersejarah untuk orang Amerika kerana ia telah belayar di tahun 1952 yang menjadi simbol pengakhiran perang dan bagi menunjukkan kekuatan kewangan serta teknikal orang Amerika pada ketika itu.

Kapal tersebut telah belayar pada kelajuan yang direkodkan sebagai pelayaran pertama dari New York ke London. Namun ia sebenarnya terima kasih kepada dana rahsia oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang mahukan sebuah kapal yang mampu membawa 15,000 pasukan melintasi Lautan Atlantik tanpa perlu mengisi minyak jika terjadinya perang.

Perang tersebut tidak pernah terjadi tetapi mulanya era kapal terbang memuncak tiba sehingga perkhidmatan kapal tersebut terpaksa ditamatkan pada 1969.

 

Ramai Ahli Perniagaan Cuba Memajukannya Tetapi Gagal

Ia dilihat memiliki beberapa orang pemilik yang cuba melakukan perniagaan melaluinya setelah itu tetapi kerap kali gagal.

Apabila pemilik komersial mula putus asa, para dermawan mula campur tangan dan mengumpul dana supaya kapal bersejarah itu kekal “hidup” bagi menyelamatkan “kapal tersohor yang tidak tenggelam” itu.

“Kapal itu menjadi sebahagian daripada sejarah yang menunjukkan sesuatu itu boleh dilakukan tidak kira dalam keadaan apa sekali pun,” kata Susan Gibbs, Presiden SS United Statets Conservancy dan cucu kepada arkitek yang membina kapal tersebut.

 

Perjanjian Telah Dilakukan Pengubahsuaian Mungkin Akan Dijalankan

Rechler telah membuat perjanjian dengan pemilik kapal tersebut dan mula melakukan pelan rekaan dalaman. Rechler juga turut cuba melobi beberapa negeri di Amerika seperti New York dan San Francisco untuk menjadi tempat berlabuhnya kapal tersebut.

Projek tersebut akan memakan kira-kira US$500 juta termasuk pengubahsuaian bilik hotel, restoran dan sebuah muzium untuk meraikan sejarah kapal tersebut.

Jika kerajaan tempatan menyambut baik dengan idea tersebut, mereka akan memulakan pengubahsuaian kapal itu tahun hadapan.

Kapal SS United States ini berketinggian 990 meter memerlukan kerja pembaikan yang banyak kerana ia merupakan kapal bersejarah yang lama tetapi Rechler berkata orang kini sukakan perkara yang sahih dan bernilai.

Oleh itu di mana lagi anda boleh merasai tinggal di kapal dan merasai sebahagian daripada sejarah Amerika Syarikat?

Show More

Related Articles

Back to top button